Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

mY fAmiLY

>> Monday, September 21, 2009

keluagaku tercinta=)

keluarga cik aim..

ahli keluarga teramai..hehe..cik norlid & family=)

c.sapiee punyer keluarge..

nie pulak family cik ishak..


c.anie & her family..aqila sangat2 comey!!

Read more...

SeLaMat hARi rAye AidiLfiTri!!!

my family & sorg yg kecik comey2 tue sepupu, aqilah namenyer..
yg kelakar ms nie ade ke patut slh sorg abgku ckp ayahku da jd kecik..hehehe..gelak jew semuanya...huhuhu..


mcm amik cjil jew..tp sebenarnya dpt duit raye..hehehe..


nie adik-beradikku..4 org jew..huhu..

salam...
Selamat Hari Raye kepada semua umat Islam..Mohon maaf zahir & batin atas segala silap dan salah yang pernah dlakukan..Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dari yang lepas..Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa,akhirnya kita berpeluang pula menyambut hari raya bersama-sama insan tersayang..Seronok betul raya..huhu..sy telah plg ke rumah 3hari sebelum raya lg..kebetulan hari khamis tue kls sampai kul 12tghr je..jd ptg tu da gerak balik ngan rakan sekelas, ain rahmat,menaiki bas..hehehe..pd hari tue jugak nasib kami baik sbb sampai2 bus stop je bas kuning yg kami selalu nek gi bus stand tue terus nak jln..so, kami x de la tggu lame sngt..hehe..ptg tu jugak selamat sampai kat rumah..lega betul bila da sampai rumah..

Hari sabtu lak balik kg..tp kejap je, then mlm blk semula rumah n esk pagi2 raye tue blk semula kg..sj jew..maklumla,kg dekat jew..setengah jam da sampai..


Pagi raye lg la meriah, thn nie pulak ramai adik-beradik sebelah mak raye umah nenek kat air hitam..juz 2org je drpd 9org adik-beradik mak yg x de pd hari raya pertama tue..rumah mmg kecoh sngt2 ngan sepupu yg ramai..huhuhu..pening gak kepala nak layan diorg..maklum la, majoriti kecik2 lg..hehehe..

Read more...

Dulu,kini dan selamanya..

>> Saturday, September 19, 2009

pagi itu,
aku membuka jendela kamarku,
sedang aku duduk memandang keindahan awan pagi,
bersyukur kepada Ilahi atas kurniaanNya,

hari ini,
sekali lagi kesyukuran dipanjatkan,
atas nikmat umur yang dipanjangkan,
masih berpeluang bersama orang-orang tersayang,
sesekali perasaan ini diselangi rasa rindu pada sahabat-sahabat lama,
lalu fikiran ini terbang melayang buat seketika,
mengenang kisah-kisah lalu,
andai diri ini masih seperti dulu,
bersama sahabat-sahabat sejak dari kecil,
melayari hidup ini,

bersama di saat suka dan duka,
berkongsi segala cerita diri ini,
pastinya rasa gembira lebih menggunung lagi,

tapi,
takdir Ilahi menentukan segalanya,
diri ini redha sebagai hambaNya yang lemah,
walaupun bersama mereka hanya seketika,
setelah masing-masing mempunyai hala tuju tersendiri,
diri ini terus melayari hidup,
berusaha memajukan diri dengan izin Ilahi,
mereka pula pergi membina kerjaya sendiri,

Kini,
diri ini semakin dewasa,
sahabat pula silih berganti,
diri ini juga diselubungi rasa gembira tidak terkata,
perginya yang lama hadir pula yang baru sebagai pengganti,
namun,
yang lama tidak dilupakan,
yang masih disisi pula semakin dihargai,

walaupun yang lama tidak semua dapatku hubungi,
aku bersyukur,
hingga kini masih diberi peluang menghubungi beberapa sahabat lama ini,
terubat juga rasa rindu pada mereka,

harapan kini,
semoga persahabatan ini kekal abadi,
jarak yang jauh bukanlah penghalang untuk terus saling menghubungi,
selagi kita saling menyayangi dan mengasihi.

Read more...

Kekosongan Jawatan

>> Monday, September 14, 2009

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu :
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Read more...

10 Kunci Persahabatan

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda
sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula

8)Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Read more...

Buka Puasa di Pumpkin House

salam..
Hari khamis yg lalu, sy dan rakan2 sekelas gi buka puase kat luar..kat bandar segamat je..ade gak lecturer yg join same..seronok la..mase nak gi tu ade la sedikit masalah kenderaan..tp akhirnya dpt juga dselesaikan..kami tiba di pumpkin house lewat ckit..tp kami x risau pun sebab rakan2 yg lain da tlg amikkan makanan kami..time kasih bnyk2 kat diorang..baik betul diorang la..hehe..kls ktorg mmg da adakan majlis berbuka puase ni mula dr semester pertama lg..kira da 3 thn berturut-turut la ktorg wat mjlis buke puasa ni kat tempat yg sama..sebenarnya ni pun blh dianggap majlis makan kami sekelas untuk semester nie..InsyaAllah,semua akan praktikal semester dpn dan mungkin tempat praktikal masing2 pun x sama..mayb susah nak jumpa da..huhu..
Mlm tue jugak ada kek sambut hari jadi rakan2 dan seorg lecturer yg lahir bulan 9..untung betul mereka la..hehe..pas abis mkn kek dan bergambar kenangan, kami pun blk ke kampus semula..mlm tue mmg best sngt2..hope kami akn jd kwn selamanya..

Read more...

Cinta,Kasih dan Sayang..

>> Thursday, September 3, 2009

Salam..
Dlm hidup ini tentunya semua org ade insan yg mereka cintai,kasihi dan sayangi..cinta sy tentulah kepada Allah yg Maha Esa..seterusnya cinta kepada Rasulullah s.a.w...tidak lupa juga cinta sesama manusia dan cinta kepada alam sekitar..cinta kepada Allah, melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya..cintakan rasul,bersolawat ke atas baginda, mengikut sunnah baginda dan mengamalkan ajaran yg di bawa oleh baginda..cinta sesama manusia pula saling bantu-membantu dan sayang-menyayangi..cinta pada someone yg special tue is...(coming soon kot)..hehe..tidak lupa juga sentiasa berdoa untuk saudara seislam kt..cintakan alam sekitar dengan memelihara dan memuliharanya, memanfaatkan sumber yg ade padanye..InsyaAllah kt akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..
Kehidupan ini seperti bumi yg berputar..kadang2 kt di atas dan kdg2 kt di bwh..apapun segalanya perlulah dhadapi dngn tenang dan sabar..hidup ini juga penuh dugaan dan cabaran..dlm hati juga perlu ade perasaan kasih pada ayah,mak dan adik-beradik..perasaan ini sangat unik dan x blh dbeli dngn wang..begitu juga jasa ayah dan mak x blh dbayar dng wang ringgit..blslah dngn kejayaan kt..sy mempunyai impian untuk berjaya dlm hidup..semoga suatu hari nant ayah dan mak dpt melihat sy berjaya mencapai cita2 iaitu menjadi seorang guru..dsamping itu,sy juga ade menyimpan hasrat untuk menjadi wakil rakyat..InsyaAllah..
Kasih pada sahabat pula mengajaknya melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan..menjaga hatinya dan bersamanya pada waktu senang dan susah..bergaduh tu asam garam dalam berkwn..tp x perlulah smpi x tegur lbh 3 hari..try to solve that problem..
Sayang pula x tau nak ckp camane..perasaaan ini wujud tanpa kita perasan kdg2 tue..sy ade seorang kwn nie..perempuan tau..mase duk kdh dulu selalu pegi umah dia..tp ms kat sekolah x de la asyik ngan dia je..kat sekolah pula lbh suke kwn ngan bdk2 sekelas..then, bla sy pindah johor br teringat akan dia..kami mula berhubung melalui surat..sy pindah mase drjh 3..kira mase pndh tu da kwn ngan dia 3 thn start dr tadika..hehe...walaupun jarak kami jauh, tapi terasa dekat dhati..start form4,kami upgrade cara berhubung dngn guna sms pula(smpi la ni)..abis je matrik dia pun dpt smbg belajar kat utm skudai..memang jodoh kami agaknye..tp selama dia bljr kat johor nie kami belum sempat jumpe lg..InsyaAllah klu jodoh x ke mane.. ;-) dia n family da pernah datang umh sy kat johor nie..lama kelamaan persahabatan kami menjadi rapat dan kdg2 kami contact melalui friendster..cume nk contact guna video je x sempat lg..hehehe..so, lama2 kami x kekok pun bla berbual dlm phone walau da lame x jumpe.. miss her very much(",)
semoga dia juga success dlm hidup..cinta, kasih dan sayang sy hanya utk org yg benar2 ikhlas(ayat dlm movie syurga cinta)..love this movie..huhu..

Read more...

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters