Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

prEseNtAtioN + final exAm

>> Tuesday, October 27, 2009

salam...
Lame sudah blog ini tidak dupdate...bukan ape,diri ini sibuk kebelakangan ini..bermacam tugasan perlu dciapkan..presentation n prepare for final exam..Lg 1 hari sj tggl sebelum diri ini
pergi menjawab exam bg first subjk..tkot la jugak..Td pg br abis present 2 project...Alhamdulillah, pas nie focus tuk study final exam lak..
Nak kongsi sikit cerita ms wat project nie..Aduhai, tersangat la bnyk dugaannYer..ade satu project tue kami kene wat system n sampai ade satu hari tue x tido mlm nak ciapkan system 2..pulak tue mase diri ini membuat percubaan tuk kali terakhir sebelum pergi present, system tue pulak wat hal..ade yg form da dbuat x dsave dlm project tue..tp Alhamdulillah selepas dcari dngn sabarnyer jumpe jugak..ok la, x ilang terus..diri ini betul2 da cemas..ye la, project tue da dbuat dlm 3 ari n x de problem pun sebelum nie bla nk run..erm,betul2 mencemaskan la..Pastu lepas jew present 1 project tue, terus jew diri ini meneruskan edit semula system tue n Alhamdulillah berjaya..tp ade la kekurangan ckit..pas abis present kami semua rase lega..mcm da abis finl exm..heheh..padahal fnl eXam pun lom mula lg..haha..
Tp sebenarnye ms menyiapkannya kami de mcm2 problm..Masalah dlm ahli kumpulan tue biasela bila da saat2 genting nie..ade yg mrh2..tp x pe la, diri ini mengert coz da lame jadi kwn die..apapun pas present tue kami happY..tue la saat2 yg m'gembrakan..
Diri ini sentiasa memohon dlindungi Allah n mendapat rahmatnye selalu..InsyaAllah.."Segala cabaran & dugaan perlulah di hadapi dengan tabah dan sabar n kt akan dpt balasan yg lebih baik kelak"..InsyaAllah..=)kt juga perlu terus berusaha hingga berjaya n jgn mudah berputus asa..=)

Read more...

Ibu

>> Tuesday, October 20, 2009

Ibu
pada mu aku berlutut
Kerna wajahmu mengingatkan aku
zaman kanak-kanak dan kebudakanku
memberi ceria hidup ini
ibu
Kaulah kekasihku
saling merindu di kala berjauhan
saling tersenyum dikala ku gembira
dan berduka bila keresahan
ibu
ku tetap ingat
syurga di tapak kakimu
berilah restumu
kejayaan hidupku
ibu
jasamu terlalu mahal
bukan tandingku untuk menagih
hormat dan restumu
menjadi anak kesayanganmu
ibu
dikala ini aku merindu
dikala ini aku berjanji
mengingati nasihatmu
merapati hajatmu
ibu
kaulah kekasihku

Read more...

PETUA IMAM SYAFIE

***4 PERKARA UNTUK SIHAT***
##Empat perkara menguatkan badan##
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
##Empat perkara melemahkan badan##
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
##Empat perkara menajamkan mata##
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
##Empat perkara merosakan mata##
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
## Empat perkara menajamkan fikiran##
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
*** 4 CARA TIDUR***
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Read more...

4 Jenis Manusia

1. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

2. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

3. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

4. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Read more...

Kaitan Cinta Dalam Hidup

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk bersamanya dan berbual bersama dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Apa yang penting...kita selalu berwaspada...
Persediaan masa sihat untuk sakit dan masa senang untuk susah...

Read more...

FiNaL Exam..

>> Sunday, October 18, 2009

Salam..
Ade lg seminggu je utk tiba saat diri ini menghadapi fInaL EXAm bg semester 5 ini..Takut la jugak..kuliah pula tinggal seminggu je lg..pas nie kene la study hard ckit n kurgkan mase tdo..haha..
Semiggu yg akhir utk kuliah nie pulak merupakan minggu yg sibuk utk diri ini dengan pelbagai assignment n presentation..termasuk la jugak test...ye la,segalanya perlu dselesaikan sebelum cuti..
Harap diri ini dpt menjawab exam dengan tenang dan memperoleh keputusan yang lebih baik dr semester yg lepas..InsyaAllah..

Read more...

Meminang Untuk Abangku..

>> Tuesday, October 13, 2009

salam...
Pada 10/10/09 haritu merupakan hari bersejarah dalam keluargaku..Ingin berkongsi sedikit cerita yg berlaku pada tarikh tersebut..berkunjunglah kami sekeluarga termasuk sanak-saudara terdekat ke rumah bakal tunang abangku di Melaka..5 buah kereta memasuki perkarangan tempat parking kereta di rumah bakal tunang tersebut(kak Farah) kira2 jam 2ptg..Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar seperti yg drancg..kira2 jam 4lbh semua tetamu bersurai n kami pun plg kembali ke destnasi msg2 selepas mengisi perut..hehe..seronok juga mjls tersebut walau tiada abangku, Hatta(tuan yg berhajat) di majlis tersebut kerana berkursus selama 2 minggu..saya pula terpaksa terus pulang ke kampus sebab esoknya ade seminar BTN..haha..ni da kali ke3 gi BTN..tp nak wat camne, da nie pengisian tuk modul part 6, terpaksalah gi jugak..huhu..
Mmg penat la jugak aritu..pergi melaka balik hari..selalu ade jugak tdo kat umah pakcik..semua yg ikut aritu penat..ye la,seharian berjalan..lagi2 yang memandu..apapun time ksh kpd semua sbb beri kerjasama..hehe..=)
walaupun diri ini agak terkilan sebab tidak dpt berkumpul di rumah nenek mlm itu menikmati juadah yg di terima dr pihak perempuan bersama sanak-saudara yg lain, tp tidak mengapalah sebab saya sempat mengambil sedikit coklat kegemaran, ferero rocher n buah pear..hehe..Doaku semoga ikatan pertunangan abangku ini bertahan sehingga ke jinjang pelamin dan jodoh mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat..insyaAllah..

Read more...

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters