Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Maulidur Rasul

>> Sunday, February 28, 2010

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja diperoleh oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Read more...

Cuti.. ke mana??

Salam..
Selama 4 hari sy bercuti for chinese new year..Pertama sekali ingin sy ucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru Cina" kpd semua rakan2 sy yg berbangsa cina..Selama 4 hari sy bercut boleh dkirakan setiap hari berjalan..huhu..Mula cuti pada hari sabtu,sy dan keluarga pergi kenduri kahwin pada tengaharinya..Kemudian, bertolak pulang ke kampung dan berjumpa sanak saudara merupakan satu kegembiraan buat sy..walaupun kampung sy dekat je, tp berkumpul beramai-ramai jarang dapat dirasai kecuali pd hari raya..pula tue hnya adik yg ade pada hari itu, kedua-dua abg sy belum pulang lg..Hari Ahad pula, abang per-1 saya,hatta pulang dan x lame lepas itu, abang sy yg ke-2, anep pula muncul..Alhamdulillah,dalam tempoh cuti tue rumah sy agak ceria la jugak dengan kepulangan kesemua adik-beradik sy...hehe=)..
Isnin pulak, ayah sy ajak pergi kenduri kahwin sedara kat Labis..Agak lewat la jugak sampai sane sebab tersesat jalan...maklumla, lalu jalan yg kami jarang lalu..huhu..Malam baru tba di rumah..penat la jugak hari tue..Dalam kepenatan tersebut, sempat lg bervideo call ngan jiran lama, c.amy yg sekarang menetap d segamat..
Selasa pula, bertolak ke Melaka..Kereta dpandu abang sy yg per-1..Cuti adik sy da nak abis, jd kami pergilah menghantar dia..tp x terus anta ke klj, dia duk umh sedara dulu tuk satu hari..Malam br tiba d rumah..aritue mmg penat sngt2 sebab jalan sesak..Lg kesian pd abg sy yg lepas menghantar kami di Kluang, terpaksa pulak malam tue jugak bertolak balik ke rumah dia d JB..Esoknya die da nk keje..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan dia selamat tba d rumah..malam tue jugak abg ke-2 sy plg ke rumah dia..
Malam tue rumah kembali sunyi..Nasib baik la diri ini tdak ke mane2..riuh la jugak rumah..hahah..=0
Sekian, wassalam..

Read more...

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters