Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

:::Teka-Teki Lawak:::

>> Thursday, April 28, 2011

Salam..

Huh, bnyk citer sy kongsi dlm bln ni ekk..nk wat camane, sy mmg suke citer smpai satu masa dulu mak sy pun mls dngr citer sy..hahahh...OK, kali ni nk berteka-teki tp siap bg jwpn..sj nk kongsi teka-teki ni sbb sy rase ianya sngt2 lawak la..hahahha..

Teka-teki pertama: Ade 10 ekor ikan emas dalam satu balang yg dbela baik punyer..Satu hari, x tau la ape yg kurg, seekor mati dan tggllah 9 ekor dlm balang tersebut..Isipadu air dlm balang tersebut mkn berkurg o bertambah?

>>Jawapan: Makin bertambah isipadu air tersebut..Tau kenapa? Sbb ikan emas lain yg tggal dlm balang tersebut menangis atas kematian kwn mereka td..hahahhahha..

Teka-teki kedua: Kenapa pokok kelapa depan rumah harus dtebang??

>>Jawapan: Sbb klu pokok kelapa, mestilah kene tebangkan.. x tau la klu ade org yg sanggup cabut pokok tu.. =p


**JUST JOKE!!!

Read more...

:::Kawan Makan Kawan:::

Salam..

Saja nk kongsi citer ni dan harap kwn2 dpt jdkan pengajaran.... =)

Ade 3 org budak hitam..dtg la mereka ni semua berjumpa dengan jin..tujuan mereka adalah untuk meminta bantuan jin menunaikan hasrat mereka...

Bdk hitam yg pertama telah dberi peluang terlebih dahulu untuk membuat satu permintaan..
Jin hanya membenarkan satu permintaan sahaja..

Budak Hitam pertama: aku nk jd putih, jin..
>>Jin pun menunaikan permintaan bdk hitam pertama td n berubah la bdk hitam tersebut dr hitam kpd putih...

Budak Hitam kedua: aku pulak nk jadi lg putih dr bdk hitam yg pertama ni, jin..
>>maka jin pun menunaikan permintaan bdk hitam kedua td n berubahlah dia menjadi lbh putih dr sahabat dia yg pertama td..

Budak Hitam ketiga: aku x mintak yg susah2 jin, aku hanya nk mintak tlg supaya ko tukarkan kembali kwn2 aku yg dua bdk hitam da jd putih ni kpd hitam semula dan menjadi seperti keadaan asal..
>>Kemudian, jin pun menunaikan permintaan bdk hitam ketiga td..Maka, berubahlah kedua2 bdk hitam yg sudah menjadi putih td kpd keadaan asal mereka, hitam kembali..

**Pengajarannya: Mohonlah sesuatu hajat itu hanya kepada Allah yg lbh berkuasa..Walau sesuatu itu cepat atau lambat dtunaikan, jgn berputus asa n teruskan berdoa memohon..
Juga kpd sahabat2 yg dsayangi, jgnlah sesekali kt dengki kpd kwn2 kt dengan melakukan sesuatu yg mendatangkan keburukan kpd mereka..Berilah hanya manisan kpd mereka untuk dnikmati bersama kita..

>>>Semoga kalian menemui sahabat2 yg baik n sejati.. "Sesungguhnya sahabat sejati itu sentiasa bersama kt pd waktu senang n susah"...

LOVE ALL MY FRIENDS FOREVER!!!

Read more...

:::Cerita Syaitan & Bismillah:::

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri...

Bismillahirahmanirahim

Menurut apa yang diceritakan oleh Tok
Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan
hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung.

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan
lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.
Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah
hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara
tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang
kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar
yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa
pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu
bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang
dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu
juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa
sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu daripada budak-budak itu,
rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat
sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka
pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah
lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok
Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu
telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang
berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah
runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-
budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka
kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan
mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit
minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi,
minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab
dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia
menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai
tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu
bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan
mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di
rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut.
Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina
di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di
tempat orang lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di
kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan
org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak,
mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke
dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca
Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang
air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang
muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di
kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang
suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada
hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari
itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk
berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan
syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah
kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia
dengan bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan
dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan
tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa
rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman,
syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang
ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut
isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama
makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian
perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada
yang membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak
dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu
talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau
tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di
jendela rumah.

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh
isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-
sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya
berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan
berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai
melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat
bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka
menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap
mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau
tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak
makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau
sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.

Wallahu a lam

PENGAJARANNYA: APABILA KITA MELAKUKAN
SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH.

**Semoga kita semua sentiasa drahmati Allah**



Read more...

..::KUKU:::.

>> Wednesday, April 27, 2011

Salam..

**SEDIKIT INFO UNTUK DIKONGSI**

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))

Wassalam.



Read more...

::Cerita Lawak::..

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"



Read more...

~~1x Dlm Setahun...(*-*) ~~

>> Tuesday, April 26, 2011

=#Kek sempena birthday sy n dua lg rakan sekerja#=
SALAM...
'happy birthday'.. ucapan dr family n kwn2 yg wish my birthday pd 17 april yg lepas..thanx to all yg mendokan segala yg baik tuk sy ye..=)
thn ni merupakan hari ulangthn kelahiran sy yg sangt bermakna n plg BEST la..hehehheh..SYUKUR, Alhamdulillah sbb msh dberi kesempatan melayari kehidupan ini..22thn..agak besar angka tu n da semakin tua pulak..hahahh..hadiah, kek n jamuan yg ade dlm meraikan hari ulangtahun kelahiran sy thn ini mmg sy hargai...namun dsebalik suka n tawa dlm meraikannya, tidak lupe jugak untuk mengucapkan TERIMA KASIH kpd mak n ayh sy yg telah bertungkus-lumus membesarkan sy hingga mencapai umur ini..Bnyk pengorbanan mereka berdua kpd sy n adik-beradik yg lain...
Bla da msk umur br, thn baru n segala2 yg lain pun mgkn perlu baru n ade yg msh perlu dkekalkan..itu sdh semestinya la kan..~~
Status diri baru ke???hahahah...apapun yg pentg buat sy dlm ms terdekat ni adalah tggjawab sy kpd kedua org tua n cuba memberikan yg terbaik kpd mereka..YG plg pentg adalah memiliki KESABARAN yg tggi..InsyaAllah..=)..I'll TRY MY BEST..
Kerjaya adalah perkara kedua dlm diri sy..skrg pun hidup baru stabil..mmg perlu kerja sbb nk simpan duit tuk diri sendiri jugak..maklum la, org kuat belanja kan..hahaha.. =P
ok, sy akan update lg blog ni bla berkesempatan..WAIT!!! ~~

Read more...

.::Kerja::..

***rakan2 sekerja yg dsayangi....****

Now, sy da msk ke alam pekerjaan...start bln 8 yg lps..kerja kat tempat berhampiran je..sj mengisi ms lapang..sejak my mom sakit, hat da kurg bersemangat nk story tntg diri ini..bkn ape..mcm2 rase ade..sedih, pilu, gembira n bermacam lg la..bla citer pasal keje ni da lbh krg 8bln jugak sy kerja..ssh jugak nk dpt keje sekrg ekk..emm..selagi ade rezeki di mane2 sy terima.. lgpun buat sementara ni keadaan x mengizinkan tuk sy merantau jauh..
Ini merupakan pengalaman sy yg pertama bekerja..mula ingt ssh jugak nk belajr n sesuaikan diri ngan kwn2 baru..Alhamdulillah, sy selesa n dpt berthn hgga sekrg..syukur sngt2..kwn2 sekerja yg baik n sekarang menjadi sepert kwn rapat jugak la..kdg2 bla ngan mereka semua teringt n terimbau jugak kenangan ms ngan kwn2 kat kolej dulu...mmg best..mgkn jodoh sy bertemu ngan kwn2 yg berperangai begini..sy betul2 selesa n bahagia..
Sory coz br nk citer tntg hal kerja selepas da bekerja selama hampir setahun..bkn ape, jiwa lom bersedia nk citer tentang hal keje sampai awl bln 1 aritu..ade la sbb2 tertentu..biarlah rahsia..huhu...skrg br terbuka hati tuk citer tntg my life kat tempat keje..

Selama sy bekerja ni, life sedikit berbeza..lbh kpd bnyk tanggungjawab berbanding dulu yg hanya menghadap buku n wat assignment..huh, dunia pekerjaan betul2 mencabar...apepun, pengalaman yg diperoleh itu amatlah bermakna buat sy..Lastly, sy hanya boleh katekan "tempat kerja yg pertama sy ini mmg TERBAIK"...
lg2 dbimbing oleh rakan2 sekerja yg mmg HEBAT2..=P

Read more...

..:: Year 2011::..

>> Sunday, April 17, 2011

Salam semua...
Tahun 2011...utk 3 bln permulaan in this year..life sy mmg baik..Alhamdulillah,syukur..bnyk nk story kat blog ni..sedikit sebanyk citer nk kongsi ngan kwn2 kat blog ni..bln 1, sy sibuk dngn urusan pindah umh..pilu rase hat bla terpaksa pindah meninggalkan jiran-tetangga kesayangan..Nasib x pindah jauh n msh kat area kluang lg..sesekali ade jugak jumpa ngan jiran2 ni..=P
Bln 2 pulak ms cuti chinese new year abg sulung sy kahwin..mhn maaf sbb x dpt jemput all my freinds..ms mjls sy nant pasti semua kwn2 sy akan djemput ye..=)
Bln 3 pulak buzy coz da duk umh sendiri ngan my family..bertambah tanggungjawab sbg anak perlu sy lakukan...keadaan mak beransur pulih tp tdk pulih sepenuhnya..Alhamdulillah,keadaan mak lbh baik dr yg lps..

Thn 2010 sy berakhir dngn bnyk ujian n dugaan..mmg satu pengalaman hidup yg x mgkn sy lupakan sampai bla2..Namun, dsebalik ujian tersebut, sy bersyukur..ujian n dugaan yg dberikan mmg betul2 mengajar sy menjadi lbh matang n bertanggungjawab...mmg sesuatu yg x pernah sy sangkakan akan berlaku dlm kamus hidup sy dlm thn tersebut..thn 2010 juga ujian yg memberi sy kesedaran lbh awal spya tidak terus leka n sentiasa bersedia n berwaspada lbh awal dlm mengharungi cabaran liku2 kehidupan yg amat2 mencabar ini...
Mmg memerlukan kesabaran yg tggi..tp, kdg2 sy juga lemah n terasa tidak kuat tuk terus bertahan..Alhamdulillah, dgn berkat doa n tawakal kpd Allah, keadaan semakin baik skrg...I LIKE MY LIFE NOW...same seperti dulu cuma lain rumah n keadaan pun sedikit berbeza..
OK, kembali ke tahun br ini, thn 2011..sy harap n berdoa spy kehidupan sy pd thn ini lbh baik dr yg lepas2 n penuh dngn kemanisan.. Sy akan berusaha mnjadi yg terbaik dlm family n berusaha memiliki kesabaran yg tggi dlm mengharungi segala ujian n dugaan yg dberikan..sesungguhnya ade hikmah dsebalik setiap ujian n dugaan tersebut...=)

Read more...

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters