..::Tahun 2013::..
>> Sunday, January 13, 2013
Salam..
Selamat menempuh tahun baru 2013 kepada semua..Tahun 2012 berlalu sudah, digantikan dengan tahun 2013..Selama setahun,dalam tahun 2012, pelbagai peristiwa dan kejadian berlaku dalam hidup saya..Disamping itu, pelbagai kenangan terukir dan disimpan dalam ingatan sebagai kenangan terindah, terpahit termasam, termanis dan macam2 lg lah..Setahun dalam tahun 2012, saya merasakan ia tahun yang membahagiakan..Alhamdulillah..:-)
"Kita merancang dan Allah yang menentukan, dan sesungguhnya, PERANCANGAN ALLAH adalah yang TERBAIKKK''..Tahun 2012 saya bermula dengan senyuman di mana pada 2hb Januari 2012 saya melapor diri sebagai pekerja di Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM JB..Sebagai pekerja baru, pada bulan pertama tahun 2012 saya mula bekerja di sana, saya sememangnya bimbang akan kwn2 di tempat kerja baru, bimbangkan kerja yang bakal saya buat nanti dan bimbanglah jugak terjatuh hati kat 'seseorang' ni..hahhahaha.. =P
Hanya DOA pada ALLAH yang saya panjatkan semoga segalanya dipermudahkan setiap masa..Alhamdulillah, saya selesa bekerja di tempat baru..kwn2 baru yg baik2 belaka..Kerja pon tak susah sangat dan dibantu oleh senior2 yang berkebolehan tinggi dalam programming..Bos yang baik..
:-)
Tahun 2012 juga merupakan tahun permulaan dan pertama saya membina kerjaya dalam bidang programming..mmg satu pengalaman yang amat bernilai dan berharga buat saya..Syukur, Alhamdulillah..=)
Alhamdulillah, mak dan ayah saya juga sihat sepanjang tahun 2012 ini..mak dah boleh berjalan dan melakukan kerja sikit2..mak pon dah bole uruskan diri..Tahun 2012 juga tahun pertama saya duduk jauh daripada mak dan ayah semenjak mak saya sakit pada tahun 2010..walaupun duduk jauh, saya tidak menjadikan jarak sebagai penghalang untuk saya balik ke rumah..saya cuba uruskan sebaik mungkin untuk balik ke rumah seminggu sekali meluangkan masa ujung minggu dengan mak dan ayah saya..Alhamdulillah, saya masih mampu berbuat demikian hinggalah sekarang..Semoga mak dan ayah saya terus diberikan nikmat kesihatan yang baik sepanjang masa.. :-)
Tahun 2013, alhamdulillah, rezeki saya masih di tempat yang sama..Cumanya, keadaan permulaan tahun 2013 saya di tempat kerja berbeza dari tahun 2012..saya dah kenal rapat dengan kwn2 opis, kami juga bnyk meluangkan masa bersama, saling berkongsi cerita, meluahkan rasa hati terutamanya dengan kwn rumah saya dan 3 orang akak kelantan..Mmg best sangat2..hehehhe..Tahun 2013, ramai jugak kwn2 opis yang akan menamatkan zaman bujang mereka..Saya pon terasa lah jugak aura mereka ni..hahahahha.. =P
Hanya DOA pada Allah yang saya panjatkan pada saat ini dan setiap masa supaya Allah satukan hati saya dan 'dia' seandainya dia jodoh terbaik buat saya.. :-)
Masa mmg akan terus bergerak walaupun kt berhenti seketika di mana sahaja perhentian..Dan, kenangan yang terukir mmg akan tersemat dalam ingatan saya sampai bila-bila..Pengalaman hidup juga semakin mematangkan saya..Tahun 2013, umur baru buat saya, iaitu 24 tahun dan umur yang menghampiri alam kedewasaan..huhuhu..^^
Semoga Tahun 2013 ini, saya terus diberi peluang memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..Dan bertemu Jodoh yang baik juga..hehhehe..=)
Dan semoga saya terus diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala ujian dan cabaran yang mendatang..
:-)