Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

..::Bersyukurlah kpd Allah::..

>> Sunday, July 29, 2012


 Salam..
Selamat menyambut Ramadhan yg ke-9..semoga kt semua terus diberikan kekuatan mental, fizikal dan rohani dlm menjalani ibadah puasa dan memiliki kesabaran yg tggi jugak..

Topik sy kali ini tentang rase kesyukuran kpd nikmat kurniaan Allah.."Alhamdulillah", itulah kate2 yg sering dilafazkan oleh lidah seseorang yg beriman kpd Allah, setiap kali die dikurniakan nikmat oleh Allah. Semua pun tahu segala yg ade pada diri kita, dan segala yg wujud di muka bumi ini adalah hak milik Allah.Kt hanya dipinjamkan segala nikmat tersebut untuk bijak meggunakannya ke arah yg lebih bermanfaat baik kpd diri, atau orang lain..Jadi, sebagai seseorang yg dipinjamkan sesuatu itu haruslah BERSYUKUR dan menggunakannya sebaik mungkin..

Kehidupan seseorang insan di muka bumi ini bagaikan rase dalam masakan..ade masam, manis, pahit dan tawar..huh,bnyk betul rase..heheheh..Di sini juga merupakan cara Allah menguji setiap hamba-hambaNya..
Seseorang yg kuat imannya akan terus bersabar atas ujian yg perit melanda dirinya..sebaliknya, seseorang yg lemah imannya, jika diuji walau dengan sedikit ujian yg perit, akan hilang sabarnya dan bertindak di luar batasan yg seterusnya menjadikan hidupnya tidak tentu arah dan terus melakukan dosa dan melanggar perintah Allah..Berdoalah kpd Allah saat diri ditimpa kesusahan dan diberikan ujian yg berat..insyaAllah, akan ade jln penyelesaian yg terbaik dr Allah..

Namun, adenya ujian, ade juga kenikmatan untuk dijamah sekalian manusia di muka bumi ini..Rase kesyukuran harus disemai dalam jiwa setiap kali diberikan pelbagai nikmat oleh Allah..Ingatlah kpd Allah walau di mane kt berada..sentiasalah muhasabah diri untuk menjadi diri yg lbh baik dr sebelumnya..

Selain itu juga, ingin sy kongsikan sedikit pandangan sy dan pengalaman diri yg sudah dikurniakan nikmat untuk terus bernafas sehingga saat ini,sehingga berumur 23 tahun ini..Bg diri sy, selama sy melayari bahtera kehidupan ini, mmg betul, ianya ade pelbagai rase, pahit, manis, tawar dan masam..Sesekali diri juga tidak kuat dan pernah jugak jatuh..Namun, atas berkat doa dan sokongan mereka2 disekeliling, diri sy mampu bangun walau jatuh berkali-kali..Ia juga mengajar sy untuk terus bersyukur saat diberikan ujian dalam diri kerana dari situ kt akan lbh bnyk belajar dr kesilapan dan berusaha menyelesaikannya serta menjadikan kita lbh baik dr sebelumnya..Dan yg paling pentg saat itu akan menjadi saat yang paling berharga dalam hidup dan akan kt kenang sampai bila2..Dari ujian itu juga, kt akan rase Allah msh sayangkan kt kerana Allah uji kt supaya kt tidak terus leka dan sedar secepat mgkn sebelum diri terus hanyut lbh jauh..=)


"Bercita-cita tak salah, berangan pun tak salah. Tetapi selalunya diri sendiri yang SABOTAGE cita-cita dan impian anda. Baru melangkah nak berjaya, sudah berfikiran negatif contohnya... Bolehkah aku ni? Layak ke aku ni? Dia lain la... Cara terbaik... cari kawan yang boleh membantu anda, bukan kawan yang dengki kat anda."

Allah juga akan menguji seseorang itu berdasarkan kemampuan dirinya juga..Sejak dari situ, sy sedar akan kemampuan yg ade pada diri sy yg selama ini saya tidak nampak dan rase sy tidak mampu lakukannya..
Kenikmatan yg kt nikmati saat ini juga milik Allah..ingatlah, kt hanya merancang dan Allah yg menentukannya..
Segala yg kt miliki juga akan dikembalikan kepada tuannya suatu hari nant.Jd, nikmatilah nikmat tersebut sebaik mgkn, supaya diri tidak meyesal dikemudian hari..Kt juga jgn mudah lupa kpd Allah dlm menikmati nikmat tersebut..sentiasalah membasahkan lidah dengan lafaz "Alhamdulillah"..InsyaAllah, segala yg kt lakukan akan sentiasa diberkati Allah..Saat diberikan nikmat tersebut, Jgn pula kt Lupa Diri..^_^


"DURIAN vs TIMUN..konfem DURIAN yang menang.. tapi apabila DURIAN dah jadi TEMPOYAK..TIMUN plak akan lenyek-lenyekkan TEMPOYAK..hidup KITA ni macam roda..sekejap diatas dan sekejap dibawah.."

Ya! Sikap positif harus ade pada diri kt semua..selalulah positifkan diri untuk memiliki kehidupan yg harmoni..Saat diri rase 'TIDAK MAMPU', ubahlah persepsi kt kpd 'MAMPU' dlm melakukan sesuatu ke arah kebaikan..Di samping itu ilmu juga harus ade sbg rujukan diri..Jika tidak TAHU, tanya dan berusahalah untuk TAHU..Usaha Tangga Kejayaan..=)

                "Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif "

Jadi,bersyukurlah kt yg dikurniakan Allah segala nikmat dan juga ujian yg kadangkala ianya amat berat buat diri..Semuanya itu lumrah dalam kehidupan.Pokoknya, diri sendiri harus ade kesabaran yg tggi, kesedaran yg lbh awal dan sentiasa positifkan diri..Plg utama, sentiasalah melahirkan rase SYUKUR kpd Allah yg menciptakan segala makhluk di muka bumi ini..(^_^)

***SEDIKIT PERKONGSIAN DAN PERINGATAN BUAT DIRI SAYA JUGA..SEMOGA KITA SAMA2 SENTIASA HIDUP DALAM KEBERKATAN DAN DIREDHAI ALLAH..


Read more...

..::Dia Jejaka Pilihan:::..

>> Saturday, July 28, 2012

Salam.. 
Kali ni sy nk kongsi kate2 yg sy dpt dr kwn di FACEBOOK..bole dikatakan ciri2 calon suami jugak la..heheh..=)
"Aku kagum melihat seorang Jejaka,
Tampannya sukar Diterjemah,
Bukan dari paras rupa tapi pada Akhlaknya..

Pabila AZAN dengar ditelinga,
... Dialah orang Pertama menujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk Menunaikan seruannya….

Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukannya…

Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..

Ilmu yang ada diKONGSIkannya,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,
Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya….

Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGANnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA…

Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya.."
**Perbaiki diri untuk mendapat yg terbaik..Bila diri kita baik, insyaAllah,akan hadir yg baik untuk kita..

Read more...

..::Suka-Suka::..

>> Sunday, July 22, 2012

                   Salam..

Dah lama jugak saya tidak menulis citer tentang saya dan kawan2..sebenarnya dalam tempoh saya menyepikan diri dr menulis di blog ini, bnyak sudah aktiviti yang saya dan kwn2 ofis lakukan..Antaranya aktiviti mencari lokan di kota tinggi, kursus di mersing, sambut hari jadi salah seorang akak kelantan di taman berhampiran rumah sewa saya..rancangan awal mmg kami ingin membeli kek tp berhampiran dewan tempat kami bermain badminton pada malam tersebut tidak terdapat kedai melayu yg menjual kek..jd, terpaksa la kami gantikan kek dengan tepung..abis mlm tu semua bermandikan tepung kecuali beberapa org yg pandai mengelak..hahah..tp mlm tu mmg cukup2 BEST~..ooo..tidak lupa jugak aktiviti main badminton bersama mereka..kami biasa main badminton ari jumaat mlm sbb lps main pasti penat dan sakit2 badan.So, esoknya bole rehat secukupnya sbb cuti, berbanding main badminton pd hari2 biasa..pastu esoknya nk g kerja lg..cume ade br2 ni kami terpaksa main badminton ari rabu mlm sbb ari khamis mlm esoknya, ade seorang akak kelantan ni nk blk kg, sambut puasa dengan family die..rancangan awal kami ingin main 2 jam dan sewa 2 gelanggang tp sebab lambat membuat tempahan, kami hanya berpeluang main badminton selama setengah jam shj..blk tu seperti biasa la, semua duduk n minum dulu di kedai makan yg berhampiran..ms tu la br kami sempat duduk sembang2 kosong..berbual dan saling berkongsi citer..saling usik mengusik..heheheh..=P

Di sini sy sertakan beberapa gambar yg ade dlm koleksi FB sy..
Sebelum sampai ke tempat penginapan, kami singgah dulu di rumah keluarga En.Fairus.Sempat jugak kami merasa air soya FRESH..SEDAPPPP!!!

Masing2 sudah bersiap sedia untuk bertolak ke Felda Adila bg memulakan misi mencari lokan..
Tempat kami mencari lokan..Sempat jugak bergambar walaupun da nk blk..=P
Antara yg terlibat dalam misi mencari lokan..mcm br blk dr berkebun pun ade gayanya..
Inilah hasil pencarian kami semua..LOKAN FRESH!!!
Malam pulak kami berBBQ..mcm2 ade..ayam, kentang, hotdog dan yg plg utama LOKAN..mmg BEST!!
Semua sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing2..Sempat jugak kami bergambar kenangan untuk aktiviti kali ini..MENCARI LOKAN..^_^

Antara yang terlibat dalam aktiviti membaling tepung..abis semua kene mandi tepung mlm ni kecuali beberapa org yg bijak mengelak..paling teruk kene adalah kak sal sbb die yg sambut birthday..heheheh..^_^
Selepas tamat acara membaling tepung, sesi bergambar pulak..heheh..=)
***GAMBAR UNTUK AKTIVITI MAIN BADMINTON AKAN MENYUSUL KEMUDIAN***

Read more...

..:::RAMADHAN AL-MUBARAK:::..

>> Saturday, July 21, 2012


Salam..
Alhamdulillah, syukur kt dapat lg bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun ini, bulan yang penuh keberkatan..dapat bersahur dengan ahli keluarga, dan insyaAllah, berbuka bersama juga..semoga kt sama2 dapat memperbaiki diri menjadi yg lbh baik dr sebelum ini..tidak lupa juga muhasabah diri sepanjang masa..

Di sini sy ingin berkongsi sedikit info yg sy dpt hasil carian di GOOGLE:


KELEBIHAN DAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin
dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada       malam al-qadar yakni lebih baik drpd
1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al-Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan
pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak
bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang

- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas

- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan
baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

SELAMAT BERPUASA SEMUA..^_^

Read more...

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters