Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

..::Bersyukurlah kpd Allah::..

>> Sunday, July 29, 2012


 Salam..
Selamat menyambut Ramadhan yg ke-9..semoga kt semua terus diberikan kekuatan mental, fizikal dan rohani dlm menjalani ibadah puasa dan memiliki kesabaran yg tggi jugak..

Topik sy kali ini tentang rase kesyukuran kpd nikmat kurniaan Allah.."Alhamdulillah", itulah kate2 yg sering dilafazkan oleh lidah seseorang yg beriman kpd Allah, setiap kali die dikurniakan nikmat oleh Allah. Semua pun tahu segala yg ade pada diri kita, dan segala yg wujud di muka bumi ini adalah hak milik Allah.Kt hanya dipinjamkan segala nikmat tersebut untuk bijak meggunakannya ke arah yg lebih bermanfaat baik kpd diri, atau orang lain..Jadi, sebagai seseorang yg dipinjamkan sesuatu itu haruslah BERSYUKUR dan menggunakannya sebaik mungkin..

Kehidupan seseorang insan di muka bumi ini bagaikan rase dalam masakan..ade masam, manis, pahit dan tawar..huh,bnyk betul rase..heheheh..Di sini juga merupakan cara Allah menguji setiap hamba-hambaNya..
Seseorang yg kuat imannya akan terus bersabar atas ujian yg perit melanda dirinya..sebaliknya, seseorang yg lemah imannya, jika diuji walau dengan sedikit ujian yg perit, akan hilang sabarnya dan bertindak di luar batasan yg seterusnya menjadikan hidupnya tidak tentu arah dan terus melakukan dosa dan melanggar perintah Allah..Berdoalah kpd Allah saat diri ditimpa kesusahan dan diberikan ujian yg berat..insyaAllah, akan ade jln penyelesaian yg terbaik dr Allah..

Namun, adenya ujian, ade juga kenikmatan untuk dijamah sekalian manusia di muka bumi ini..Rase kesyukuran harus disemai dalam jiwa setiap kali diberikan pelbagai nikmat oleh Allah..Ingatlah kpd Allah walau di mane kt berada..sentiasalah muhasabah diri untuk menjadi diri yg lbh baik dr sebelumnya..

Selain itu juga, ingin sy kongsikan sedikit pandangan sy dan pengalaman diri yg sudah dikurniakan nikmat untuk terus bernafas sehingga saat ini,sehingga berumur 23 tahun ini..Bg diri sy, selama sy melayari bahtera kehidupan ini, mmg betul, ianya ade pelbagai rase, pahit, manis, tawar dan masam..Sesekali diri juga tidak kuat dan pernah jugak jatuh..Namun, atas berkat doa dan sokongan mereka2 disekeliling, diri sy mampu bangun walau jatuh berkali-kali..Ia juga mengajar sy untuk terus bersyukur saat diberikan ujian dalam diri kerana dari situ kt akan lbh bnyk belajar dr kesilapan dan berusaha menyelesaikannya serta menjadikan kita lbh baik dr sebelumnya..Dan yg paling pentg saat itu akan menjadi saat yang paling berharga dalam hidup dan akan kt kenang sampai bila2..Dari ujian itu juga, kt akan rase Allah msh sayangkan kt kerana Allah uji kt supaya kt tidak terus leka dan sedar secepat mgkn sebelum diri terus hanyut lbh jauh..=)


"Bercita-cita tak salah, berangan pun tak salah. Tetapi selalunya diri sendiri yang SABOTAGE cita-cita dan impian anda. Baru melangkah nak berjaya, sudah berfikiran negatif contohnya... Bolehkah aku ni? Layak ke aku ni? Dia lain la... Cara terbaik... cari kawan yang boleh membantu anda, bukan kawan yang dengki kat anda."

Allah juga akan menguji seseorang itu berdasarkan kemampuan dirinya juga..Sejak dari situ, sy sedar akan kemampuan yg ade pada diri sy yg selama ini saya tidak nampak dan rase sy tidak mampu lakukannya..
Kenikmatan yg kt nikmati saat ini juga milik Allah..ingatlah, kt hanya merancang dan Allah yg menentukannya..
Segala yg kt miliki juga akan dikembalikan kepada tuannya suatu hari nant.Jd, nikmatilah nikmat tersebut sebaik mgkn, supaya diri tidak meyesal dikemudian hari..Kt juga jgn mudah lupa kpd Allah dlm menikmati nikmat tersebut..sentiasalah membasahkan lidah dengan lafaz "Alhamdulillah"..InsyaAllah, segala yg kt lakukan akan sentiasa diberkati Allah..Saat diberikan nikmat tersebut, Jgn pula kt Lupa Diri..^_^


"DURIAN vs TIMUN..konfem DURIAN yang menang.. tapi apabila DURIAN dah jadi TEMPOYAK..TIMUN plak akan lenyek-lenyekkan TEMPOYAK..hidup KITA ni macam roda..sekejap diatas dan sekejap dibawah.."

Ya! Sikap positif harus ade pada diri kt semua..selalulah positifkan diri untuk memiliki kehidupan yg harmoni..Saat diri rase 'TIDAK MAMPU', ubahlah persepsi kt kpd 'MAMPU' dlm melakukan sesuatu ke arah kebaikan..Di samping itu ilmu juga harus ade sbg rujukan diri..Jika tidak TAHU, tanya dan berusahalah untuk TAHU..Usaha Tangga Kejayaan..=)

                "Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif "

Jadi,bersyukurlah kt yg dikurniakan Allah segala nikmat dan juga ujian yg kadangkala ianya amat berat buat diri..Semuanya itu lumrah dalam kehidupan.Pokoknya, diri sendiri harus ade kesabaran yg tggi, kesedaran yg lbh awal dan sentiasa positifkan diri..Plg utama, sentiasalah melahirkan rase SYUKUR kpd Allah yg menciptakan segala makhluk di muka bumi ini..(^_^)

***SEDIKIT PERKONGSIAN DAN PERINGATAN BUAT DIRI SAYA JUGA..SEMOGA KITA SAMA2 SENTIASA HIDUP DALAM KEBERKATAN DAN DIREDHAI ALLAH..


0 comments:

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters