Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

..::Majlis Perkahwinan Kawan2 Opis::..

>> Saturday, March 9, 2013

Assalam..

Kami semua & pasangan pengantin..so sweettt!!!.. :-)
Kali ni saya nak citer tentang majlis perkahwinan kwn2 opis..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selamat seperti yang mereka rancangkan..semoga mereka menjadi pasangan yang soleh dan solehah serta moga rumahtangga yang dibina mereka juga kekal hingga ke akhir hayat, bahagia hendaknya..Sebenarnya 2 majlis perkahwinan sahaja, tetapi disebabkan adenya salah satu majlis tu kedua-dua pengantinnya adalah kwn opis saya, kiranya sudah 3 org yang  mendirikan rumahtangga dikalangan kwn opis saya dlm tahun 2013 ini..

Ok, yang per-1 adalah majlis yg saya hadiri pada 2hb Februari 2013, iaitu majlis pernikahan seorang kakak senior ni, Kak Aisyah..Kemudian, saya jugak hadir ke majlis persandingan kakak ni pada 9 Februari 2013..Mmg BEST lah..sngt2 BEST!!!..majlis kakak ni kat Skudai jek..jd mmg dekatlah tuk kami dtg..hahhaha..


1,2,3..senyum.. :-)

Majlis yg ke-2 pulak saya hadiri pada 9 Mac 2013..Yg ni lain sikit sbb lokasi rumah pengantin perempuan jauh..kira-kira 1 jam perjalanan jugak dr Skudai, JB..walaupun rancangan awal terpaksa diubah saat akhir, kami selamat jugak tiba dan saya pon selamat blk umh kat Kluang jugak..Terima ksh kpd kwn2 yang sudi menghantar ye.. :-)..majlis yang ni BEST jugak..lg2 yg kawin ni bekas housemate saya..kami pernah lah tggal serumah..saat bergambar ngan dia mmg terasa lah jugak aura nak dirikan rumahtangga..InshaaAllah, coming soon.. :-)

Kebetulan muka die mmg ade sedikit iras ngan muka saya..pernah lah kwn2 opis saya tersalah org..tertukar antara saya dan die..hehehehe..Citer2 pasal majlis ni mmg kami x sah klu x bergambar..mmg mcm2 posing lah kami buat..tu pon adenya jurugambar yg mmg sporting habis lah..agaknya jurugambar mmg camtu kot..hahaha..:-P

Akhir kata, semoga mereka sentiasa hidup diberkati Allah dan rumahtangga yg dibina kekal hingga ke akhir hayat, dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah serta bahagia selalu.. :-)





Read more...

..::Hanya Tuhan Yang Tahu::..

>> Tuesday, February 5, 2013


Salam..
Kali ni saya nak share lirik lagu nasyid ni..saya memang minat lirik lagu ni dari sekolah menengah lagi..mmg lirik yg amat2 bermakna buat diri, lg2 saat ini.. :-)
Selamat bernasyid semua..hehehehe..

Lirik Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu – UNIC


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan lah sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini
Mendambakan kasih
Insan yang kusayang
Dihati ini
Hanya tuhan yang tahu
Dihati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan
Adat dan syariatMenguji kekuatan
Keteguhan iman
Insan yang berkasih…

Read more...

..::Tahun 2013::..

>> Sunday, January 13, 2013

Salam..

Selamat menempuh tahun baru 2013 kepada semua..Tahun 2012 berlalu sudah, digantikan dengan tahun 2013..Selama setahun,dalam tahun 2012, pelbagai peristiwa dan kejadian berlaku dalam hidup saya..Disamping itu, pelbagai kenangan terukir dan disimpan dalam ingatan sebagai kenangan terindah, terpahit termasam, termanis dan macam2 lg lah..Setahun dalam tahun 2012, saya merasakan ia tahun yang membahagiakan..Alhamdulillah..:-)

"Kita merancang dan Allah yang menentukan, dan sesungguhnya, PERANCANGAN ALLAH adalah yang TERBAIKKK''..Tahun 2012 saya bermula dengan senyuman di mana pada 2hb Januari 2012 saya melapor diri sebagai pekerja di Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM JB..Sebagai pekerja baru, pada bulan pertama tahun 2012 saya mula bekerja di sana, saya sememangnya bimbang akan kwn2 di tempat kerja baru, bimbangkan kerja yang bakal saya buat nanti dan bimbanglah jugak terjatuh hati kat 'seseorang' ni..hahhahaha.. =P
Hanya DOA pada ALLAH yang saya panjatkan semoga segalanya dipermudahkan setiap masa..Alhamdulillah, saya selesa bekerja di tempat baru..kwn2 baru yg baik2 belaka..Kerja pon tak susah sangat dan dibantu oleh senior2 yang berkebolehan tinggi dalam programming..Bos yang baik.. 
:-)
Tahun 2012 juga merupakan tahun permulaan dan pertama saya membina kerjaya dalam bidang programming..mmg satu pengalaman yang amat bernilai dan berharga buat saya..Syukur, Alhamdulillah..=)

Alhamdulillah, mak dan ayah saya juga sihat sepanjang tahun 2012 ini..mak dah boleh berjalan dan melakukan kerja sikit2..mak pon dah bole uruskan diri..Tahun 2012 juga tahun pertama saya duduk jauh daripada mak dan ayah semenjak mak saya sakit pada tahun 2010..walaupun duduk jauh, saya tidak menjadikan jarak sebagai penghalang untuk saya balik ke rumah..saya cuba uruskan sebaik mungkin untuk balik ke rumah seminggu sekali meluangkan masa ujung minggu dengan mak dan ayah saya..Alhamdulillah, saya masih mampu berbuat demikian hinggalah sekarang..Semoga mak dan ayah saya terus diberikan nikmat kesihatan yang baik sepanjang masa.. :-)

Tahun 2013, alhamdulillah, rezeki saya masih di tempat yang sama..Cumanya, keadaan permulaan tahun 2013 saya di tempat kerja berbeza dari tahun 2012..saya dah kenal rapat dengan kwn2 opis, kami juga bnyk meluangkan masa bersama, saling berkongsi cerita, meluahkan rasa hati terutamanya dengan kwn rumah saya dan 3 orang akak kelantan..Mmg best sangat2..hehehhe..Tahun 2013, ramai jugak kwn2 opis yang akan menamatkan zaman bujang mereka..Saya pon terasa lah jugak aura mereka ni..hahahahha.. =P
Hanya DOA pada Allah yang saya panjatkan pada saat ini dan setiap masa supaya Allah satukan hati saya dan 'dia' seandainya dia jodoh terbaik buat saya.. :-)

Masa mmg akan terus bergerak walaupun kt berhenti seketika di mana sahaja perhentian..Dan, kenangan yang terukir mmg akan tersemat dalam ingatan saya sampai bila-bila..Pengalaman hidup juga semakin mematangkan saya..Tahun 2013, umur baru buat saya, iaitu 24 tahun dan umur yang menghampiri alam kedewasaan..huhuhu..^^
Semoga Tahun 2013 ini,  saya terus diberi peluang memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..Dan bertemu Jodoh yang baik juga..hehhehe..=)

Dan semoga saya terus diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala ujian dan cabaran yang mendatang..

:-)






Read more...

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters