Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

..:::Cerita2 dengan mak Saya::..

>> Saturday, February 25, 2012


Salam...
Kali ni saya nk citer tentang topik perbualan antara saya dan mak saya..mlm td blk je rumah dr JB, mcm biasa la, sy akan bercerita ngan mak saya tentang ape2 topik juga dan tanye jugak tentang citer menarik mak..hahah..
Kpd sesiapa yg pernah baca kisah sy yg lepas tentang mak sy diserang penyakit angin ahmar di bahagian sebelah kanan bdn pd pertengahan thn 2010,Alhamdulillah, kini mak sy semakin sihat seperti biasa, bole berjalan dan uruskan diri sendiri sikit..Walaupun x bnyk benda yg mak sy mampu buat seperti dahulu, sy sngt2 bersyukur ade mak yg sangat kuat utk hadapi penyakit seperti ini..Kini, sudah setahun lbh mak sy menghidap penyakit ini..yg masih belum pulih sepenuhnya adalah dari segi percakapan..akibat serangan penyakit angin ahmar suatu ketika dulu, sehingga kini mak sy belum bole bercakap seperti normal..Namun, itu tidaklah menghalang sy utk terus tidak berkomunikasi dengan mak..Setiap kali sy bersama mak, seperti biasa, sy akan selalu berbual dengan die..klu nk ckp pasal perbualan mmg same je dr sblm mak sy sakit sampai skrg cara sy berkomunikasi ngan die tak berubah langsung..maklumla, sy pun mmg bnyk ckp orgnya..kecoh sikit..hahahah...lgpun sy da biasa dengan keadaan mak yg sekarang..so, tak de masalah utk sy faham ape yg cuba mak sampaikan setiap kali die bercerita ngan sy..=)
Kisah mlm td,mak citer tentang masakan nenek sy..bayangkan la, klu citer pasal makanan kan bnyk..puas jugak sy meneka pasal makanan ape..rupanya mak nk citer pasal die mkn nasi goreng n nasi lemak sbg sarapan ms duk ngan nenek sy..rupanya mak tnye, bole ke die mkn nasi lemak..mak takut nant lemak bertambah atau kolestrol tggi pulak..so, mak sy risau n die citer la die mkn mknan mcm tu..sy kate tak pe je sesekali..lgpun makan ubat selalu n mmg ade wat pemeriksaan doktor pakar kan..ok je..
Kemudian,sy pulak citer pasal kehidupan sy pulak kat JB,pasal kerja, rumah dan kwn2 kat JB..Yg sy suka klu citer ngan mak skrg ni, mak same jek bg reaksi mcm ms die sihat dulu..tak de la mak tak berminat nk dengar dan bg respon ms sy citer walaupun belom bole nk bg respon dengan kate2..mak tetap same bg respon mcm ms sy blk praktikal pd awal thn 2010 dulu..sy rasekan suasana n keadaan skrg mcm ms sy praktikal kat mjls perbandaran kluang dulu..cume bezanya ms tu mak msh sihat dan dapat bg respon dengan kate2..ms tu pun sy mmg duduk umh ngan keluarga..so, setiap hari blk praktikal sy akan citer peristiwa2 menarik yg berlaku sepanjang sehari kat tempat praktikal tu..skrg lak sy duk umh sewa kat JB dan hanya blk umh setiap ujung mggu..so, segala citer dkumpulkan selama 5hari tu dan blk hujung mggu citer la ngan mak..mak mmg best..ok je dngr citer sy..So, ape yg dpt sy simpulkan saat ini, mak mmg sejak dr dulu teman berbual sy yg TERBAIK sekali..segala citer suka, sedih dan gembira sy kongsikan dengan mak..Alhamdulillah, sy bersyukur dpt mak yg BEST mcm ni..dlm hidup ni pun salah satu perkara yg plg bernilai yg tak akan kt dpt ganti atau tukar dengan ape2 sekalipun adalah keluarga kt...mereka mmg akan sentiasa bersama kt samaada kt susah atau senang..So, hargailah keluarga kt sebaik mungkin..=)


Read more...

..::InsyaAllah:::..

>> Sunday, February 12, 2012

Salam...

"Usah gusar menanti, dia pasti datang, sesuai dengan tahap iman di hati. Jadi, bila inginkan yang soleh, solehahkan diri, Yakinlah dengan jodoh yang ditetapkan Ilahi, Tak perlu mendamba kasih sayang, menagih cinta terlarang yang dimurkai.

Barangkali belum cukup solehah, Makanya si soleh yang dinanti, Belum pula hadir.

Pernikahan? Semuanya ingin dimulai dengan berkat, Bukan dengan dingorat2, Biar si soleh itu datang dengan ilmu, Cintanya pada Ilahi menawan hati, Akhlaknya wangi membuah pesona.. Usah bimbang, dia pasti hadir, Sama ada di dunia, ataupun di akhirat kelak...Wanita yg baik untuk lelaki yg baik dan sebaliknya pula.."

~Usaha dengan doa, masanya akan tiba..dengan restu Ilahi, kelak pasti akan ditemui~ InsyaAllah..

Read more...

..:::Kemunculan Tahun Baru 2012 Juga Pengakhiran Tahun 2011::..

>> Saturday, January 28, 2012


Salam..

Alhamdulillah, bersyukur sy masih lg diberi peluang oleh Allah untuk terus menjalani hidup sempena tahun baru 2012 ini..da lame jugak sy x menulis kat blog ni..sebenarnya bnyk je citer harian yg ingin dkongsikan..tp x de kesempatan nk menulis..hehehhe..kali ni nk post citer tentang thn br 2012..Thn 2011 sy berakhir dngn pelbagai perasaan..suka,sedih,takut,gementar,kecewa,dan juga gembira..Alhamdulillah, menjelang thn br ni sy juga da dapat kerja baru sesuai dngn ape yg sy belajar dulu..selain itu, tempat tggal juga baru, rumah baru, kwn2 kerja baru, dan persekitaran tempat kerja juga baru..thn 2012 ni lbh menjadikan sy hidup berdikari berbanding thn2 sebelumnya..InsyaAllah, thn ni sy akan lbh FOKUS on kerjaya n bahagiakan mak ayah sy..=)
angka 23 jugak memberikan sy satu makna yg cukup merisaukan diri saat ini..genap bln April 2012 ni maka genap juga umur sy yg ke-23thn...bkn ape, bg sy semakin meningkat umur, kt juga perlu semakin maju ke hadapan..Saat ini sy br sj mahu membuka langkah dlm alam pekerjaan..Bnyk lg yg sy perlu bljr n lalui dlm mengharungi hidup yg penuh dugaan dan cabaran ini..InsyaAllah, smg sy sentiasa hidup diberkati Allah dan tabah serta sabar dlm menghadapi segalanya..
Masa mmg cepat berlalu tanpa kt sedari kan..thn 2011 mcm2 yg berlaku n segala yg baik sy jdkan panduan n yg buruk pula sy jdkan tauladan..Apepun yg kt lakukan dlm hidup ini semuanya mestilah atas restu mak ayah n lakukanlah dengan ikhlas hanya mengharapkan balasan dr Allah..InsyaAllah, segalanya akan menjadi mudah n berjalan lancar..=)

Read more...

..::Raya..Raya DAN Raya LAGI!!!::..

>> Sunday, September 4, 2011

Salam aidilfitri..
Hari raye dsambut meriah..bersama keluarga dan sanak saudara...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..dkesempatan ini juga, sy menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah dengan semua muslimin dan muslimat selama perkenalan ini..
Ni nk citer tentang raye sy..thn ni sambutan raye mmg dsambut meriah la oleh sy dan keluarga..mmg best sngt mula dr persiapan raye hinggalah tiba hari raye..thn ni mmg kami beraya sakan sbb kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara tu lbh sikit la dr thn lepas sbb thn lepas keadaan mak x mengizinkan tuk sy dan keluarga beraya..
Raye per-1 mmg satu hari kat umah nenek sbb ramai yg mengunjung..so, mmg sibuk satu hari tu..Raye ke-2 pulak br mula berjalan ke rumah saudara-saudara lain..begitu jugak raye ke-3 n seterusnya..mmg jln je la raye ni..heheh..apepun, mmg setiap kali raye teringt dan rinduuuu ngan kwn2 yg berada nun jauh d utara (kedah)..kwn2 ms kecik2 dulu..LOVE THEM FOREVER..thn ni x dpt p sane..InsyaAllah, de rezeki kt semua akan berjumpa lg..=)
oooo..citer tentang juadah d pagi raye mmg sedap2 belaka..biasa la..ketupat, daging rendang dan ayam pelbagai jenis masakan..ade ayam msk kicap, merah dan goreng berempah..
Yg plg best pg raye per-1 sudah tentu la sesi bergambar..sj buat simpan sebagai kenangan..ms ni la sanak saudara nk berkumpul kan..hehehh...walaupun x semua yg ade termasuk abg per-1 sy..syawal tetap drai meriah pd hari itu..Alhamdulillah..

Read more...

:::Teka-Teki Lawak:::

>> Thursday, April 28, 2011

Salam..

Huh, bnyk citer sy kongsi dlm bln ni ekk..nk wat camane, sy mmg suke citer smpai satu masa dulu mak sy pun mls dngr citer sy..hahahh...OK, kali ni nk berteka-teki tp siap bg jwpn..sj nk kongsi teka-teki ni sbb sy rase ianya sngt2 lawak la..hahahha..

Teka-teki pertama: Ade 10 ekor ikan emas dalam satu balang yg dbela baik punyer..Satu hari, x tau la ape yg kurg, seekor mati dan tggllah 9 ekor dlm balang tersebut..Isipadu air dlm balang tersebut mkn berkurg o bertambah?

>>Jawapan: Makin bertambah isipadu air tersebut..Tau kenapa? Sbb ikan emas lain yg tggal dlm balang tersebut menangis atas kematian kwn mereka td..hahahhahha..

Teka-teki kedua: Kenapa pokok kelapa depan rumah harus dtebang??

>>Jawapan: Sbb klu pokok kelapa, mestilah kene tebangkan.. x tau la klu ade org yg sanggup cabut pokok tu.. =p


**JUST JOKE!!!

Read more...

:::Kawan Makan Kawan:::

Salam..

Saja nk kongsi citer ni dan harap kwn2 dpt jdkan pengajaran.... =)

Ade 3 org budak hitam..dtg la mereka ni semua berjumpa dengan jin..tujuan mereka adalah untuk meminta bantuan jin menunaikan hasrat mereka...

Bdk hitam yg pertama telah dberi peluang terlebih dahulu untuk membuat satu permintaan..
Jin hanya membenarkan satu permintaan sahaja..

Budak Hitam pertama: aku nk jd putih, jin..
>>Jin pun menunaikan permintaan bdk hitam pertama td n berubah la bdk hitam tersebut dr hitam kpd putih...

Budak Hitam kedua: aku pulak nk jadi lg putih dr bdk hitam yg pertama ni, jin..
>>maka jin pun menunaikan permintaan bdk hitam kedua td n berubahlah dia menjadi lbh putih dr sahabat dia yg pertama td..

Budak Hitam ketiga: aku x mintak yg susah2 jin, aku hanya nk mintak tlg supaya ko tukarkan kembali kwn2 aku yg dua bdk hitam da jd putih ni kpd hitam semula dan menjadi seperti keadaan asal..
>>Kemudian, jin pun menunaikan permintaan bdk hitam ketiga td..Maka, berubahlah kedua2 bdk hitam yg sudah menjadi putih td kpd keadaan asal mereka, hitam kembali..

**Pengajarannya: Mohonlah sesuatu hajat itu hanya kepada Allah yg lbh berkuasa..Walau sesuatu itu cepat atau lambat dtunaikan, jgn berputus asa n teruskan berdoa memohon..
Juga kpd sahabat2 yg dsayangi, jgnlah sesekali kt dengki kpd kwn2 kt dengan melakukan sesuatu yg mendatangkan keburukan kpd mereka..Berilah hanya manisan kpd mereka untuk dnikmati bersama kita..

>>>Semoga kalian menemui sahabat2 yg baik n sejati.. "Sesungguhnya sahabat sejati itu sentiasa bersama kt pd waktu senang n susah"...

LOVE ALL MY FRIENDS FOREVER!!!

Read more...

:::Cerita Syaitan & Bismillah:::

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri...

Bismillahirahmanirahim

Menurut apa yang diceritakan oleh Tok
Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan
hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung.

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan
lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.
Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah
hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara
tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang
kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar
yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa
pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu
bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang
dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu
juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa
sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu daripada budak-budak itu,
rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat
sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka
pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah
lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok
Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu
telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang
berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah
runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-
budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka
kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan
mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit
minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi,
minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab
dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia
menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai
tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu
bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan
mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di
rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut.
Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina
di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di
tempat orang lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di
kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan
org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak,
mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke
dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca
Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang
air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang
muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di
kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang
suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada
hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari
itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk
berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan
syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah
kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia
dengan bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan
dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan
tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa
rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman,
syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang
ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut
isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama
makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian
perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada
yang membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak
dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu
talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau
tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di
jendela rumah.

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh
isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-
sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya
berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan
berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai
melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat
bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka
menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap
mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau
tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak
makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau
sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.

Wallahu a lam

PENGAJARANNYA: APABILA KITA MELAKUKAN
SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH.

**Semoga kita semua sentiasa drahmati Allah**



Read more...

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters