Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

..::Anugerah Terindah::..

>> Saturday, July 30, 2016

Assalamualaikum..

Dikesempatan bulan syawal yg belum habis ini saya nak ucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kpd semua"...

Alhamdulillah..saya bersyukur sangat2 kpd Allah atas segala rezeki kurniaanNya kpd saya sehingga kini..rezeki keluarga, rezeki sahabat, rezeki kerja dan bnyk lg x terhitung..sekali lagi saya bersyukur, Alhamdulillah..

Tanggal 28/7/2016 tercatat lagi satu sejarah dalam hidup saya..ia merupakan hari terakhir saya berkhidmat di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ,Universiti Teknologi Malaysia (UTM).. :-(

Saya mula berkhidmat di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Teknologi Malaysia  (UTM) Johor Bharu bermula 02/01/2012 saya mula melaporkan diri di RMC..
Alhamdulillah, saya dapat kwn2 satu pejabat yang mmg sngt2 baik di semua unit yang ade di RMC..mereka semua friendly..saya tak de msalah sepanjang berkerja dan berkhidmat di RMC..segala masalah yang berkaitan kerja dan tugas dpt diselesaikan dengan bantuan rakan2 yang lain..saya rasa ia anugerah terindah yang Allah berikan kpd saya..

Di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), saya mula bekerja sebagai pengaturcara sistem..ia juga merupakan pengalaman pertama saya bekerja dlm bidang ini selepas tamat pengajian diploma dlm bidang sains komputer sekitar tahun 2010..saya gunakan peluang n ruang yang diberikan dengan belajar dan terus belajar serta menimba sebanyak mungkin ilmu daripada kwn2 yang lain dan mr.google..banyak ilmu dan pengalaman yang saya dpt dalam sepanjang 4 thn lebih berkhidmat di RMC..terima kasih saya ucapkan kpd semua kwn2 opis yang bnyk membantu terutama pihak pengurusan tertinggi RMC yang sudi mengambil sy bekerja sekaligus membuka jalan bagi saya untuk menimba lbh bnyk ilmu dlm bidang pengaturcaraan serta mempraktikkannya..ia mmg satu pengalaman manis yg tak akan saya lupakan sampai bila2..pengalaman yang sangat bermakna..di sini jugak saya dapat mempraktikkan segala ilmu yg sy pernah belajar semasa mengambil diploma di universiti lama dahulu..Alhamdulillah... :-)

Setelah 4 thn lbh berkhidmat di RMC, Allah kurniakan saya rezeki lg dengan mendapat jawatan tetap yang sama jugak di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur..Alhamdulillah.. :-)

Mmg suatu berita yang menggembirakan bagi saya dan kwn2 opis yang lain tapi tidak dinafikan terselit jugak perasaan sedih dlm hati kami semua kerana tidak akan bekerja dalam satu opis lagi selepas ini..saya akan berpindah opis..dari bulan 3/2016 lagi sy sudah mendapat tawaran tersebut tapi kene melapor diri awal bulan 8/2016..Alhamdulillah, saya sempat menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya bersama2 kwn2 opis di RMC..terasa cepat masa berlalu dan saya sudah tamat perkhidmatan di RMC..Inshaa Allah, saya akan melapor diri di tempat baru  x lama lagi..mcm2 perasaan saya beberapa hari ini..suka, gembira, sedih semua ada..tempat baru, persekitaran kerja yang baru, kwn2 opis jugak baru dan akan mendapat bos yang baru juga..semoga dipermudahkan segala urusan saya di UTM KL nanti..inshaa Allah.. :-)

Sempena hari terakhir saya di RMC, terutamanya di unit IT, dalam Radis Team, saya dan kwn2 opis telah keluar makan dan saling berkongsi cerita serta pengalaman selama kami sama-sama bekerja membangunkan Sistem Radis di RMC..Paling saya terharu, kak ema yang juga merupakan org yg menemuduga saya dan memantau kerja saya sejak dari saya masuk memberitahu saya adalah staff yang paling baik dan tak salah dia pilih saya bekerja dan dia sedih nak melepaskan saya.. :-(
Mmg kak ema seorang ketua yg sngt2 baik bg saya..x pernah pon sy kene marah dengan dia walaupun kadangkala saya tahu kerana saya lambat siapkan kerja dia ada jugak kene marah mungkin dengan orang lain..tapi kak ema memang tak pernah marah saya sepanjang saya bekerja di bawah pemantauan dia..dia selalu je biarkan saya siapkan kerja dengan tenang dan sabar je menanti..pernah jugak dia dtg duduk di sebelah saya dan kadang2 siap bagi idea untuk memudahkan saya menyiapkan tugasan..saya sngt terharuu dan menghargainya..

Lagi terharu mereka jugak menghadiahkan telekung Siti Khadijah yang merupakan telekung idaman saya...kegigihan mereka mendapatkan telekung tu yang lagi buat saya terharu..kenapalah mereka semua baik sangat dengan saya???...padahal sy yang akan meninggalkan mereka..meninggalkan kerja2 saya kepada kwn2 opis yang lain untuk mengambil alih..Rasa bersalah pon ade..rasa sedih pon ade nak tggalkan modul2 yang saya pernah dan sedang buat di Sistem Radis tersebut..saya akan merindukan semua berkaitan kerja saya di RMC, terutama modul2 dalam Sistem Radis, ragam kwn2 satu opis yang sama2 membangunkan Sistem Radis...Pelbagai pengalaman kami lalui bersama..paling tak dapat dilupakan kadang2 kami akan kerja lebih masa untuk menyiapkan tugasan dan pernah sehingga pagi kami kerja lebih masa dan saling membantu dan menemankan kwn2 lain menyiapkan tugasan..ia sebuah kenangan terindah jugak di dalam hidup saya..pernah jugak sama2 buka puasa di opis sebab menyiapkan tugasan..

Selain kwn satu opis yang membangunkan Sistem Radis sngt istimewa buat saya, saya jugak bersyukur dikurniakan kwn2 baik seperti kak sal yang sekarang sudah mendapat kerja tetap di Miri, Sarawak, kak midah dan kak ina yang saya selalu gelarkan mereka sebagai akak2 kelantan yang sngt2 best..dan lagi seorang adalah Jun yang jugak sebaya saya..mereka ber-empatlah sahabat baik sepanjang sy berkhidmat di RMC dan menetap di JB dan sedia membantu saya bila2 saje tanpa mengira waktu.. mereka semua jugak ada pada waktu saya susah atau senang selama 4 thn lbh berkhidmat di RMC..Mereka tempat saya meluahkan perasaan suka atau duka..hehehehe..Terima kasih jun dan akak2 kelantan sekalian..Seronok dpt berkwn dengan semua.. :-)

Kesimpulan yang saya boleh buat sepanjang berkhidmat di RMC, memang best sngt2..rasa seronok je kerja..dikelilingi bos2 yang baik dan kwn2 opis semua yang mmg terbaikkk!!...kwn2 dlm team radis yang mmg saling mengambil berat dan membantu antara satu sama lain..masalah yang sukar pon bole jadi senang dengan bantuan mereka yang lebih pakar.. Terima kasih akak senior bagi saya kak aisyah dan kak husna yang mmg terorrr dan mahir dlm bab programming ni..Doakan saya menjadi 'programmer' yang dapat membuat coding dengan baik jugak..inshaa Allah.. :-)

Akhir kata, semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati ukhwah yang terjalin ini dan berkekalan selamanya..Saya jugak mendoakan kwn2 saya yang lain mendapat rezeki kerja tetap suatu hari nanti..Rezeki ada di mana2..Inshaa Allah.. :-)

lunch di JB bersama kwn2 baik sblm sy akan mula lunch 
dengan kwn2 baru di KL pulak lps ni..
dpt jam tangan drpd kwn2 baik iaitu jun, kak ina
 dan kak midah..terima kasih!!.. :-)

bersama kwn2 baik, dr kiri jun, kak ina dan 
anak kak ina (raudhah) dan kak midah

bersama anis dan auni (anak kpd anis)..
jugak bole dikatakan kembar sy sbb muka kami hampir sama..
kwn2 opis yg di unit lain ade jugak 
yg tertukar panggil nama kami berdua..hahhaha..

bersama kak ema merangkap ketua yang 
memantau kerja saya di opis.. :-)

bersama akak kelantan kak midah kesayangan 
dan anak dia (zahra).. :-)


dinner bersama kwn2 opis radis team.. ;-)






Dapat telekung Siti Khadijah..Sumbangan daripada kwn2 opis team radis kpd saya dan disampaikan oleh kak ema.. sngt terharu!! terima kasih semua kwn2.. :-)







0 comments:

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters