Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

..:::Kemunculan Tahun Baru 2012 Juga Pengakhiran Tahun 2011::..

>> Saturday, January 28, 2012


Salam..

Alhamdulillah, bersyukur sy masih lg diberi peluang oleh Allah untuk terus menjalani hidup sempena tahun baru 2012 ini..da lame jugak sy x menulis kat blog ni..sebenarnya bnyk je citer harian yg ingin dkongsikan..tp x de kesempatan nk menulis..hehehhe..kali ni nk post citer tentang thn br 2012..Thn 2011 sy berakhir dngn pelbagai perasaan..suka,sedih,takut,gementar,kecewa,dan juga gembira..Alhamdulillah, menjelang thn br ni sy juga da dapat kerja baru sesuai dngn ape yg sy belajar dulu..selain itu, tempat tggal juga baru, rumah baru, kwn2 kerja baru, dan persekitaran tempat kerja juga baru..thn 2012 ni lbh menjadikan sy hidup berdikari berbanding thn2 sebelumnya..InsyaAllah, thn ni sy akan lbh FOKUS on kerjaya n bahagiakan mak ayah sy..=)
angka 23 jugak memberikan sy satu makna yg cukup merisaukan diri saat ini..genap bln April 2012 ni maka genap juga umur sy yg ke-23thn...bkn ape, bg sy semakin meningkat umur, kt juga perlu semakin maju ke hadapan..Saat ini sy br sj mahu membuka langkah dlm alam pekerjaan..Bnyk lg yg sy perlu bljr n lalui dlm mengharungi hidup yg penuh dugaan dan cabaran ini..InsyaAllah, smg sy sentiasa hidup diberkati Allah dan tabah serta sabar dlm menghadapi segalanya..
Masa mmg cepat berlalu tanpa kt sedari kan..thn 2011 mcm2 yg berlaku n segala yg baik sy jdkan panduan n yg buruk pula sy jdkan tauladan..Apepun yg kt lakukan dlm hidup ini semuanya mestilah atas restu mak ayah n lakukanlah dengan ikhlas hanya mengharapkan balasan dr Allah..InsyaAllah, segalanya akan menjadi mudah n berjalan lancar..=)

Read more...

..::Raya..Raya DAN Raya LAGI!!!::..

>> Sunday, September 4, 2011

Salam aidilfitri..
Hari raye dsambut meriah..bersama keluarga dan sanak saudara...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..dkesempatan ini juga, sy menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah dengan semua muslimin dan muslimat selama perkenalan ini..
Ni nk citer tentang raye sy..thn ni sambutan raye mmg dsambut meriah la oleh sy dan keluarga..mmg best sngt mula dr persiapan raye hinggalah tiba hari raye..thn ni mmg kami beraya sakan sbb kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara tu lbh sikit la dr thn lepas sbb thn lepas keadaan mak x mengizinkan tuk sy dan keluarga beraya..
Raye per-1 mmg satu hari kat umah nenek sbb ramai yg mengunjung..so, mmg sibuk satu hari tu..Raye ke-2 pulak br mula berjalan ke rumah saudara-saudara lain..begitu jugak raye ke-3 n seterusnya..mmg jln je la raye ni..heheh..apepun, mmg setiap kali raye teringt dan rinduuuu ngan kwn2 yg berada nun jauh d utara (kedah)..kwn2 ms kecik2 dulu..LOVE THEM FOREVER..thn ni x dpt p sane..InsyaAllah, de rezeki kt semua akan berjumpa lg..=)
oooo..citer tentang juadah d pagi raye mmg sedap2 belaka..biasa la..ketupat, daging rendang dan ayam pelbagai jenis masakan..ade ayam msk kicap, merah dan goreng berempah..
Yg plg best pg raye per-1 sudah tentu la sesi bergambar..sj buat simpan sebagai kenangan..ms ni la sanak saudara nk berkumpul kan..hehehh...walaupun x semua yg ade termasuk abg per-1 sy..syawal tetap drai meriah pd hari itu..Alhamdulillah..

Read more...

:::Teka-Teki Lawak:::

>> Thursday, April 28, 2011

Salam..

Huh, bnyk citer sy kongsi dlm bln ni ekk..nk wat camane, sy mmg suke citer smpai satu masa dulu mak sy pun mls dngr citer sy..hahahh...OK, kali ni nk berteka-teki tp siap bg jwpn..sj nk kongsi teka-teki ni sbb sy rase ianya sngt2 lawak la..hahahha..

Teka-teki pertama: Ade 10 ekor ikan emas dalam satu balang yg dbela baik punyer..Satu hari, x tau la ape yg kurg, seekor mati dan tggllah 9 ekor dlm balang tersebut..Isipadu air dlm balang tersebut mkn berkurg o bertambah?

>>Jawapan: Makin bertambah isipadu air tersebut..Tau kenapa? Sbb ikan emas lain yg tggal dlm balang tersebut menangis atas kematian kwn mereka td..hahahhahha..

Teka-teki kedua: Kenapa pokok kelapa depan rumah harus dtebang??

>>Jawapan: Sbb klu pokok kelapa, mestilah kene tebangkan.. x tau la klu ade org yg sanggup cabut pokok tu.. =p


**JUST JOKE!!!

Read more...

:::Kawan Makan Kawan:::

Salam..

Saja nk kongsi citer ni dan harap kwn2 dpt jdkan pengajaran.... =)

Ade 3 org budak hitam..dtg la mereka ni semua berjumpa dengan jin..tujuan mereka adalah untuk meminta bantuan jin menunaikan hasrat mereka...

Bdk hitam yg pertama telah dberi peluang terlebih dahulu untuk membuat satu permintaan..
Jin hanya membenarkan satu permintaan sahaja..

Budak Hitam pertama: aku nk jd putih, jin..
>>Jin pun menunaikan permintaan bdk hitam pertama td n berubah la bdk hitam tersebut dr hitam kpd putih...

Budak Hitam kedua: aku pulak nk jadi lg putih dr bdk hitam yg pertama ni, jin..
>>maka jin pun menunaikan permintaan bdk hitam kedua td n berubahlah dia menjadi lbh putih dr sahabat dia yg pertama td..

Budak Hitam ketiga: aku x mintak yg susah2 jin, aku hanya nk mintak tlg supaya ko tukarkan kembali kwn2 aku yg dua bdk hitam da jd putih ni kpd hitam semula dan menjadi seperti keadaan asal..
>>Kemudian, jin pun menunaikan permintaan bdk hitam ketiga td..Maka, berubahlah kedua2 bdk hitam yg sudah menjadi putih td kpd keadaan asal mereka, hitam kembali..

**Pengajarannya: Mohonlah sesuatu hajat itu hanya kepada Allah yg lbh berkuasa..Walau sesuatu itu cepat atau lambat dtunaikan, jgn berputus asa n teruskan berdoa memohon..
Juga kpd sahabat2 yg dsayangi, jgnlah sesekali kt dengki kpd kwn2 kt dengan melakukan sesuatu yg mendatangkan keburukan kpd mereka..Berilah hanya manisan kpd mereka untuk dnikmati bersama kita..

>>>Semoga kalian menemui sahabat2 yg baik n sejati.. "Sesungguhnya sahabat sejati itu sentiasa bersama kt pd waktu senang n susah"...

LOVE ALL MY FRIENDS FOREVER!!!

Read more...

:::Cerita Syaitan & Bismillah:::

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri...

Bismillahirahmanirahim

Menurut apa yang diceritakan oleh Tok
Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan
hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung.

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan
lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.
Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah
hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara
tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang
kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar
yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa
pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu
bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang
dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu
juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa
sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu daripada budak-budak itu,
rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat
sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka
pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah
lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok
Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu
telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang
berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah
runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-
budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka
kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan
mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit
minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi,
minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab
dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia
menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai
tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu
bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan
mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di
rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut.
Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina
di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di
tempat orang lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di
kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan
org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak,
mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke
dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca
Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang
air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang
muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di
kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang
suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada
hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari
itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk
berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan
syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah
kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia
dengan bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan
dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan
tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa
rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman,
syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang
ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut
isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama
makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian
perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada
yang membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak
dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu
talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau
tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di
jendela rumah.

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh
isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-
sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya
berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan
berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai
melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat
bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka
menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap
mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau
tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak
makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau
sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.

Wallahu a lam

PENGAJARANNYA: APABILA KITA MELAKUKAN
SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH.

**Semoga kita semua sentiasa drahmati Allah**



Read more...

..::KUKU:::.

>> Wednesday, April 27, 2011

Salam..

**SEDIKIT INFO UNTUK DIKONGSI**

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))

Wassalam.



Read more...

::Cerita Lawak::..

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"



Read more...

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters