..:::Special Day 24/05/2016:::..
>> Wednesday, May 25, 2016
Assalamualaikum...
Sudah agak lama saya tidak menulis diblog ini..ada sedikit kekangan masa sejak bekerja sebagai pengaturcara sistem ni..ni pon sambil belajar 'code' dan buat 'coding' teringat pulak nak menulis pasal kejadian siang tadi di pejabat saya..ia sangat istimewa buat saya.
24/05/2016..saya rasa penting untuk menulis kenangan manis peristiwa yang berlaku kepada saya di pejabat ketika sedang bekerja siang tadi..terlebih dahulu saya dahului dengan ucapan Alhamdulillah, saya bersyukur dengan segala nikmat kurniaan serta rezeki yang dilimpahkan oleh Allah kpd saya sehingga kini..saya percaya setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..cuma bergantung atas usaha kita untuk memikirkan cara penyelesaian tersebut..Doa adalah senjata orang mukmin..mohonlah doa jika kita terasa susah untuk melakukan atau menyelesaikan sesuatu agar dipermudahkan segalanya..
Kejadian bermula apabila saya ke pejabat awal pagi tadi..itu pon gara-gara lapar nak kena beli sarapan dulu dan teringat ada kesalahan dalam coding yang dah saya buat pembetulan sejak 2 hari lepas dan ia hampir siap...jadi ia perlu segera dibetulkan sebab nak guna cepat..memang ada sedikit terganggu sebab saya buat coding begitu complicated dan menggunakan cara yang panjang..memang saya pon rasa serabut bila tengok coding yang saya buat tu..logik mmg ada, tp mgkin cara penulisan agak sedikit x kemas..
Tengah buat coding dengan yakinnya, betulkan yg tersalah tu, dengan syok sendirinya, TIBA-TIBA datang seorang akak senior (kak Husna)..dia datang duduk sebelah saya dan seperti biasa sy mmg suka bercerita..jadi pagi2 tu kami berborak pasal coding modul yang saya buat tu, cerita A-Z, akak tu mmg cepat faham..saya cerita sekali jalan dan bgtau apa masalah yang saya hadapi..kemudian mmg x disangka-sangka, dia terus amik pen, pensel, pemadan dan kertas merangka yang sepatutnya, satu2 penerangan awalan diberi oleh dia kpd saya utk menyelesaikan masalah yang sudah 2 hari saya buat sebelum ni tak selesai-selesai..dan ini adalah hari yang ke-3..
Bagi saya kalau tengah buat coding dan ada orang yang lebih mahir duduk di sebelah saya mmg saya akan gemuruh sikit..menggelabah dan rasa kurang selesa sikit.. yela, takut kita terbuat salah kan..malu pon ade..segan..hehhehehe...
Tapi bila dengan kak Husna, walaupun die mmg HEBAT sngt2 dlm bidang pengaturcaraan ni, saya rasa dengan tenangnya boleh buat 'code' klu diperhatikan oleh dia di sebelah saya..siap kdg2 tnya die berkali-kali lagi pulak tu..dia tetap "SABAR" je layan saya..hahhahahah...apa yang salah dibetulkan..teguran yang diberikan pon secara berhikmah klu kita salah tulis atau cara penulisan kita kurang kemas dan teratur...siap kdg2 tu dia bg penerangan lagi..yang kita x tahu pon jadi tahu tau..yang dah tahu lagi la jd bertambah-tambah tahu..hehehhe..mmg bertambah-tambah la ilmu.. :-)
Oh ye..utk pengetahuan semua, bukanlah saya x pernah kene marah tau dengan kak Husna ni sepanjang berkawan dengan die..tapi saya tak boleh cakap die 'pemarah' orangnya atau ikut emosi sbb saya hanya beberapa kali je nampak die beremosi bagai ni..jarang betul nampak die beremosi..boleh kira dengan jari tau klu saya nampak die marah2 ikut emosi sepanjang saya berkawan dengan dia...klu pasal kerja kak Husna mmg serius..walaupon masa bukan hal keje kita bergurau senda, tak semestinya kalau buat salah dlm coding diterima ok...Ni dulu la ea..pernah la kak Husna mmg ada jugak mcm nak marah klu tnya berkali-kali dan saya tak faham setelah diberi penerangan..tapi saya gigihkan diri jugak tnya sehingga saya faham dan boleh buat coding tersebut seperti penerangan dia..yang bagusnya kak Husna ni, walaupun marah, die tetap ajar jugak dan jawab klu kita tanya tau..tu yg bgsnya..heheheh..sbb jenis saya mmg x kenal erti putus asa..saya akan berusaha sampai selesai dan berjaya..Bagi saya cuba lah selagi mampu dan boleh walaupon berkali-kali gagal dan salah, mana tahu usaha yang terakhir adalah yang berjaya dan betul.. :-)
Alhamdulillah, saya bersyukur atas pertolongan yang diberikan..disebalik pembetulan itu juga ade hikmahnya di mana saya telah dapat memperbaiki cara penulisan 'code' saya sebelum ni supaya menjadi lbh ringkas dan kemas..kak Husna mmg baik orangnya..Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan segala ilmu serta tunjuk ajar yang diberikan kpd saya ini..Ini bukan lah pertama kali kak Husna menolong saya dlm penulisan 'code' tetapi yang ini sangat istimewa sebab pada saya asalnya ia mudah utk diselesaikan..tetapi mengambil masa yang lama pulak..rupanya setelah dikaji dan diteliti bersama kak Husna ia sangat complicated..bnyk step rupanya..kalau sebelum ni mmg saya yang meminta pertolongan kak Husna sbb x tahu nak buat macamane dan dia akan memberikan idea serta membawa kita berfikir di luar kotak..yang kali ni mmg saya ingt ia mudah sbb mmg saya dah biasa dengan modul ni..jadi saya rasa saya bole selesaikannya..tetapi sudah 2 hari masih ade pembetulan yang perlu dibuat..dan ia memakan masa yang lama rupanya utk diselesaikan kerana perlu dibuat dengan teliti lagi untuk kemudahan ms hadapan jugak..
Bercerita dan menunjukkan cara penulisan code saya kepada kak Husna, bagaimana cara memperbaikinya, meminta pendapat dia, dan akhirnya dia duduk disebelah saya menunjukkan satu per satu jln penyelesaian membuatkan saya sngt2 terharu sehinggakan mahu menangis...mmg terharu sngt2..dia duduk disebelah saya mengajar seperti seorang guru kpd muridnya..malahan saya dpt rasakan saya adalah murid yang bertuah dan sngt istimewa..hampir setengah hari dia duduk disebelah dan menunggu saya membuat code..kemudian balik lewat setia menanti untuk mendapatkan hasil output dari 'code' yang saya buat tu...yang ni mmg membuatkan sy sngt2 terharu..terfikir jugak klu ni adalah waktu saya belajar di dalam kelas logik jugak ada pengajar seperti ini..
"apa masalah ain sebenarnya?ain faham x?dah siap ke?..ok ke?.."
ni lah ayat guru2 selalu tnya kpd murid-muridnya selepas memberikan sesuatu tugasan atau mengajar di dalam kelas..tapi saya sudah bekerja dan masih ada orang yang baik seperti ini mengajar dan memberikan ilmu seperti seorang guru dan saya seperti seorang murid yang sedang belajar..
mmg susah untuk dipercayai dan ini mmg REALITI yang berlaku kepada saya sepanjang bekerja sebagai pengaturcara sistem..akak2 senior yang lain pon bnyk mengajar saya jugak tapi tidak seperti kak Husna yang bukan sahaja terus memikirkan penyelesaian, tetapi cuba dahulu hadam dan fahamkan, tanya kita dengan setelitinya, mendengarkan kita bercerita dulu pasal mslh kita,dan kemudian baru ajar kita cara penyelesaiannya..
kak Husna juga saya gelarkan sebagai 'sifu' saya dalam bidang pengaturcaraan ni sepanjang saya bekerja sebagai pengaturcara sistem..
'key' yang sentiasa ada pada kak Husna yang perlu dicontohi sepanjang mengajar saya adalah "SABAR"..dia sentiasa SABAR dengan saya walaupun kadang kala saya lambat faham penerangan yang dia berikan dan bertanya soalan yang sama lagi banyak kali kpd dia sehingga saya betul2 faham..dia jugak sentiasa TENANG dan SABAR dalam apa keadaan dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah tersebut..walaupun saya tengah risau dan kelam kabut waktu itu mencari penyelesaian..ayat kak Husna selalu beritahu kpd saya adalah "tenang ain tenang"..hahahahaha
Memang tak dinafikan ketika hati gelisah, kelam kabut nak cari penyelesaian dengan segera, dengan adanya pertolongan kak Husna secara automatik hati jadi tenang tau..itulah dinamakan saling menyokong antara satu sama lain..ketika kita rasa nak jatuh datang yang lain menyokong kita supaya berdiri semula..kwn2 saya yang lain jugak tak dinafikan sentiasa mengamalkan amalan "KERJASAMA"..Alhamdulillah, saya dikurniakan kwn2 seperti ini..
Pengajaran yang perlu diambil untuk kes seperti ini adalah 'jangan ambil mudah sesuatu perkara walaupun kadang kala perkara itu nampak mudah'..
Kesimpulannya, dalam apa juga keadaan, situasi, kita kene selalu berfikiran positif dan sering memikirkan ada hikmah disebaliknya..
"PRACTISE MAKE PERFECT..TRY & ERROR"
Kata Hamka : "Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua".
"USAHA, DOA, TAWAKAL"
0 comments:
Post a Comment