Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

:::Bahagiakah Ibu Bapa Kita?:::

>> Sunday, August 12, 2012


Salam..


Selamat meneruskan ibadah puasa dan terus meningkatkan amal ibadah dalam bulan yg mulia ini..sy juga dalam usaha memperbaiki kekurangan yg ade dlm diri ini..bersama-sama lah kt memajukan diri ke arah kebaikan..insyaAllah..=)



Topik yg saya nk utarakan kali ni tentang ibu bapa..maklum la, x lama lg pun kt bakal menyambut bulan syawal kan..semua pun tahu sebelum munculnya syawal lg kt da pergi membeli-belah keperluan untuk menyambut syawal nant bersama family sememangnya..selain itu, ms syawal nant jugak la br anak2 yg duduk atau tggal jauh akan pulang berhari-raye di kampung bersama mak dan ayah tercinta serta adik-beradik yg disayangi..juga tidak lupa kpd mereka yg sudah tiada mak dan ayah, akan menyambut syawal dengan saudara-mara yang lain di kampung..namun bg mereka ini,mgkn kedatangan syawal disambut dengan diiringi sedikit rase sedih berbanding mereka yg msh ade mak dan ayah..melihatkan kpd situasi skrg ini,bila tibanya syawal jugak la br anak2 yg dah lama tidak menjenguk mak dan ayah di kampung, akan pulang menjenguk mereka..

Sebelum kita bahagiakan diri kt,sememangnya kt harus tnya pada diri "sudah bahagiakah mak dan ayah aku sekarang ini?dan adakah aku juga sudah bahagiakan mereka hingga ke saat ini?"..jika jwpn yg kt perolehi "ya", syukur Alhamdulillah..tp jika jwpnnya "belom", maka kt harus cepat bertindak dan bahagiakan mereka mengikut kemampuan kt..barulah kebahagiaan yg kt miliki penuh bermakna dan diredhai Allah..Jd, sentiasa lah membuatkan mak dan ayah anda sentiasa tersenyum indah..ape yg berlaku kpd saya suatu masa dahulu juga menjadikan sy lbh menyayangi dan menghargai mak dan ayah saya saat ini dan buat selamanya...=)

**SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA..DEKATKAN HATI KPD ALLAH WALAU APAPUN YG BERLAKU WALAUPUN IA SESUATU YG BAIK ATAU BURUK..SESUNGGUHNYA, ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI..~~

Read more...

..::Bersyukurlah kpd Allah::..

>> Sunday, July 29, 2012


 Salam..
Selamat menyambut Ramadhan yg ke-9..semoga kt semua terus diberikan kekuatan mental, fizikal dan rohani dlm menjalani ibadah puasa dan memiliki kesabaran yg tggi jugak..

Topik sy kali ini tentang rase kesyukuran kpd nikmat kurniaan Allah.."Alhamdulillah", itulah kate2 yg sering dilafazkan oleh lidah seseorang yg beriman kpd Allah, setiap kali die dikurniakan nikmat oleh Allah. Semua pun tahu segala yg ade pada diri kita, dan segala yg wujud di muka bumi ini adalah hak milik Allah.Kt hanya dipinjamkan segala nikmat tersebut untuk bijak meggunakannya ke arah yg lebih bermanfaat baik kpd diri, atau orang lain..Jadi, sebagai seseorang yg dipinjamkan sesuatu itu haruslah BERSYUKUR dan menggunakannya sebaik mungkin..

Kehidupan seseorang insan di muka bumi ini bagaikan rase dalam masakan..ade masam, manis, pahit dan tawar..huh,bnyk betul rase..heheheh..Di sini juga merupakan cara Allah menguji setiap hamba-hambaNya..
Seseorang yg kuat imannya akan terus bersabar atas ujian yg perit melanda dirinya..sebaliknya, seseorang yg lemah imannya, jika diuji walau dengan sedikit ujian yg perit, akan hilang sabarnya dan bertindak di luar batasan yg seterusnya menjadikan hidupnya tidak tentu arah dan terus melakukan dosa dan melanggar perintah Allah..Berdoalah kpd Allah saat diri ditimpa kesusahan dan diberikan ujian yg berat..insyaAllah, akan ade jln penyelesaian yg terbaik dr Allah..

Namun, adenya ujian, ade juga kenikmatan untuk dijamah sekalian manusia di muka bumi ini..Rase kesyukuran harus disemai dalam jiwa setiap kali diberikan pelbagai nikmat oleh Allah..Ingatlah kpd Allah walau di mane kt berada..sentiasalah muhasabah diri untuk menjadi diri yg lbh baik dr sebelumnya..

Selain itu juga, ingin sy kongsikan sedikit pandangan sy dan pengalaman diri yg sudah dikurniakan nikmat untuk terus bernafas sehingga saat ini,sehingga berumur 23 tahun ini..Bg diri sy, selama sy melayari bahtera kehidupan ini, mmg betul, ianya ade pelbagai rase, pahit, manis, tawar dan masam..Sesekali diri juga tidak kuat dan pernah jugak jatuh..Namun, atas berkat doa dan sokongan mereka2 disekeliling, diri sy mampu bangun walau jatuh berkali-kali..Ia juga mengajar sy untuk terus bersyukur saat diberikan ujian dalam diri kerana dari situ kt akan lbh bnyk belajar dr kesilapan dan berusaha menyelesaikannya serta menjadikan kita lbh baik dr sebelumnya..Dan yg paling pentg saat itu akan menjadi saat yang paling berharga dalam hidup dan akan kt kenang sampai bila2..Dari ujian itu juga, kt akan rase Allah msh sayangkan kt kerana Allah uji kt supaya kt tidak terus leka dan sedar secepat mgkn sebelum diri terus hanyut lbh jauh..=)


"Bercita-cita tak salah, berangan pun tak salah. Tetapi selalunya diri sendiri yang SABOTAGE cita-cita dan impian anda. Baru melangkah nak berjaya, sudah berfikiran negatif contohnya... Bolehkah aku ni? Layak ke aku ni? Dia lain la... Cara terbaik... cari kawan yang boleh membantu anda, bukan kawan yang dengki kat anda."

Allah juga akan menguji seseorang itu berdasarkan kemampuan dirinya juga..Sejak dari situ, sy sedar akan kemampuan yg ade pada diri sy yg selama ini saya tidak nampak dan rase sy tidak mampu lakukannya..
Kenikmatan yg kt nikmati saat ini juga milik Allah..ingatlah, kt hanya merancang dan Allah yg menentukannya..
Segala yg kt miliki juga akan dikembalikan kepada tuannya suatu hari nant.Jd, nikmatilah nikmat tersebut sebaik mgkn, supaya diri tidak meyesal dikemudian hari..Kt juga jgn mudah lupa kpd Allah dlm menikmati nikmat tersebut..sentiasalah membasahkan lidah dengan lafaz "Alhamdulillah"..InsyaAllah, segala yg kt lakukan akan sentiasa diberkati Allah..Saat diberikan nikmat tersebut, Jgn pula kt Lupa Diri..^_^


"DURIAN vs TIMUN..konfem DURIAN yang menang.. tapi apabila DURIAN dah jadi TEMPOYAK..TIMUN plak akan lenyek-lenyekkan TEMPOYAK..hidup KITA ni macam roda..sekejap diatas dan sekejap dibawah.."

Ya! Sikap positif harus ade pada diri kt semua..selalulah positifkan diri untuk memiliki kehidupan yg harmoni..Saat diri rase 'TIDAK MAMPU', ubahlah persepsi kt kpd 'MAMPU' dlm melakukan sesuatu ke arah kebaikan..Di samping itu ilmu juga harus ade sbg rujukan diri..Jika tidak TAHU, tanya dan berusahalah untuk TAHU..Usaha Tangga Kejayaan..=)

                "Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif "

Jadi,bersyukurlah kt yg dikurniakan Allah segala nikmat dan juga ujian yg kadangkala ianya amat berat buat diri..Semuanya itu lumrah dalam kehidupan.Pokoknya, diri sendiri harus ade kesabaran yg tggi, kesedaran yg lbh awal dan sentiasa positifkan diri..Plg utama, sentiasalah melahirkan rase SYUKUR kpd Allah yg menciptakan segala makhluk di muka bumi ini..(^_^)

***SEDIKIT PERKONGSIAN DAN PERINGATAN BUAT DIRI SAYA JUGA..SEMOGA KITA SAMA2 SENTIASA HIDUP DALAM KEBERKATAN DAN DIREDHAI ALLAH..


Read more...

..::Dia Jejaka Pilihan:::..

>> Saturday, July 28, 2012

Salam.. 
Kali ni sy nk kongsi kate2 yg sy dpt dr kwn di FACEBOOK..bole dikatakan ciri2 calon suami jugak la..heheh..=)
"Aku kagum melihat seorang Jejaka,
Tampannya sukar Diterjemah,
Bukan dari paras rupa tapi pada Akhlaknya..

Pabila AZAN dengar ditelinga,
... Dialah orang Pertama menujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk Menunaikan seruannya….

Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukannya…

Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..

Ilmu yang ada diKONGSIkannya,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,
Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya….

Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGANnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA…

Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya.."
**Perbaiki diri untuk mendapat yg terbaik..Bila diri kita baik, insyaAllah,akan hadir yg baik untuk kita..

Read more...

..::Suka-Suka::..

>> Sunday, July 22, 2012

                   Salam..

Dah lama jugak saya tidak menulis citer tentang saya dan kawan2..sebenarnya dalam tempoh saya menyepikan diri dr menulis di blog ini, bnyak sudah aktiviti yang saya dan kwn2 ofis lakukan..Antaranya aktiviti mencari lokan di kota tinggi, kursus di mersing, sambut hari jadi salah seorang akak kelantan di taman berhampiran rumah sewa saya..rancangan awal mmg kami ingin membeli kek tp berhampiran dewan tempat kami bermain badminton pada malam tersebut tidak terdapat kedai melayu yg menjual kek..jd, terpaksa la kami gantikan kek dengan tepung..abis mlm tu semua bermandikan tepung kecuali beberapa org yg pandai mengelak..hahah..tp mlm tu mmg cukup2 BEST~..ooo..tidak lupa jugak aktiviti main badminton bersama mereka..kami biasa main badminton ari jumaat mlm sbb lps main pasti penat dan sakit2 badan.So, esoknya bole rehat secukupnya sbb cuti, berbanding main badminton pd hari2 biasa..pastu esoknya nk g kerja lg..cume ade br2 ni kami terpaksa main badminton ari rabu mlm sbb ari khamis mlm esoknya, ade seorang akak kelantan ni nk blk kg, sambut puasa dengan family die..rancangan awal kami ingin main 2 jam dan sewa 2 gelanggang tp sebab lambat membuat tempahan, kami hanya berpeluang main badminton selama setengah jam shj..blk tu seperti biasa la, semua duduk n minum dulu di kedai makan yg berhampiran..ms tu la br kami sempat duduk sembang2 kosong..berbual dan saling berkongsi citer..saling usik mengusik..heheheh..=P

Di sini sy sertakan beberapa gambar yg ade dlm koleksi FB sy..
Sebelum sampai ke tempat penginapan, kami singgah dulu di rumah keluarga En.Fairus.Sempat jugak kami merasa air soya FRESH..SEDAPPPP!!!

Masing2 sudah bersiap sedia untuk bertolak ke Felda Adila bg memulakan misi mencari lokan..
Tempat kami mencari lokan..Sempat jugak bergambar walaupun da nk blk..=P
Antara yg terlibat dalam misi mencari lokan..mcm br blk dr berkebun pun ade gayanya..
Inilah hasil pencarian kami semua..LOKAN FRESH!!!
Malam pulak kami berBBQ..mcm2 ade..ayam, kentang, hotdog dan yg plg utama LOKAN..mmg BEST!!
Semua sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing2..Sempat jugak kami bergambar kenangan untuk aktiviti kali ini..MENCARI LOKAN..^_^

Antara yang terlibat dalam aktiviti membaling tepung..abis semua kene mandi tepung mlm ni kecuali beberapa org yg bijak mengelak..paling teruk kene adalah kak sal sbb die yg sambut birthday..heheheh..^_^
Selepas tamat acara membaling tepung, sesi bergambar pulak..heheh..=)
***GAMBAR UNTUK AKTIVITI MAIN BADMINTON AKAN MENYUSUL KEMUDIAN***

Read more...

..:::RAMADHAN AL-MUBARAK:::..

>> Saturday, July 21, 2012


Salam..
Alhamdulillah, syukur kt dapat lg bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun ini, bulan yang penuh keberkatan..dapat bersahur dengan ahli keluarga, dan insyaAllah, berbuka bersama juga..semoga kt sama2 dapat memperbaiki diri menjadi yg lbh baik dr sebelum ini..tidak lupa juga muhasabah diri sepanjang masa..

Di sini sy ingin berkongsi sedikit info yg sy dpt hasil carian di GOOGLE:


KELEBIHAN DAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin
dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada       malam al-qadar yakni lebih baik drpd
1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al-Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan
pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak
bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang

- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas

- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan
baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

SELAMAT BERPUASA SEMUA..^_^

Read more...

::SAYA & KAWAN2- Episod 3 : Sambutan Hari Lahir Dengan Mereka:::

>> Wednesday, April 25, 2012

Salam..
Pd 17/4/2012, sy telah menyambut hari ulangtahun yg ke 23thn..suatu pengalaman manis yg x mgkn sy lupakan sampai bila2..thn lps, pd usia 22thn,sy menyambutnya bersama rakan2 sekerja di kluang..thn ni pulak, pd usia br, sy pun x sangka akan menyambutnya bersama kwn2 kerja baru juga..heheheh..best..=)
Walaupun usia da br, kwn kerja jugak baru..pd hari tersebut,awal2 pg lg mmg sy teringt pd kwn2 kerja lama..kenangan bersama mereka mmg x leh sy lupakan..pd hari tersebut, bnyk ucapan dan doa sy terima..mmg special day la..hahah..Terima ksh kpd semua kwn2 dan sanak saudara yg mendoakan yg terbaik buat diri ini..=)..erm..nk citer pd hari tersebut, sy telah keluar makan dengan kwn2 kerja baru ms rehat tghr ..mereka belanja..sbenarnya doa dr mereka je sudah memadai bg sy..sy pun br je lg kerja kat tempat br ni..ada la da nk hampir 4bln..segan pun ye jugak bla diorg sudi belanja sy ms tu..ye la, sy kan br lg..x ketggalan jugak pd akak2 kelantan yg sudi memberi hadiah..susah2 jek la..apepun, terima ksh bnyk2..=p..sayang jugak nk bukak hadiah2 tu tp camne pun tangan gatal jugak nk buka..hahahah..kate2 kat sampul hadiah tu pulak mmg best la, “senyum sokmo”, “happy sokmo”..erm,mmg kelantan habis..hehehe..Alhamdulillah, Allah kurniakan sy kwn2 yg baik kat tempat kerja baru ni..padahal ms sblm msk, antara perkara yg paling sy risaukan adalah teman sepejabat..mmg sy risau sngt2 camne la diorg nant..ye la, bila kt x selesa dengan mereka, mcmane kt nk buat kerja nant, nk mintak tunjuk ajar dr mereka, nk bekerjasama dan buat kerja sama2 kan..tp syukur sngt2, Allah yg mengatur segalanya..Allah kurniakan sy kwn2 kerja yg mmg baik saat ini..sy pun selesa bekerja dengan mereka semua..mereka pun senang klu sy bertanya sesuatu yg sy x tahu..senior2 yg sudi beri tunjuk ajar..mmg ok..=)

Read more...

..:::Hari Ulangtahun Kelahiran ke-23THN:::..

>> Monday, April 23, 2012

Salam..

Tanggal 17/4/2012..genap sudah usia sy yg ke-23thn..Syukur Alhamdulillah, diri msh dpanjngkan umur oleh Allah untuk terus menikmati kehidupan di dunia pd ketika ini..Ermm..da tua jugak la 23thn ni kan..sudah menjadi lumrah, yg muda akan menjadi tua dan setiap yg hidup juga pasti akan merasai mati..bg sy, pd hari ulangtahun kelahiran ini elok kt bnykkan muhasabah diri, menginsafi kesalahan diri dan terus meningkatkan amal ibadah serta sentiasa juga mengingati mati agar kt tidak terus leka dengan keseronokkan dunia semata-mata..

Skrg juga sudah ramai kwn2 sy yg sudah melangkah ke alam baru iaitu alam rumahtangga dan ade juga yg sudah menjadi ibu…tahniah buat mereka dan tahniah juga kepada yg bakal menjadi ibu dlm ms terdekat ini..=)

Erm, cerita tentang umur ni, bila meningkat umur juga sering mengingatkan sy supaya diri perlu menjadi yg lbh baik pd usia br ini drpd usia yg lps dlm menjalani kehidupan hari2..diri juga perlu bersikap lbh serius dan lbh berusaha keras menunaikan tanggungjawab sbg anak..semoga diri terus tabah menjalani hidup yg penuh ranjau n duri ini..=)

Skrg juga mak adalah segala-galanya bg sy..Terima ksh juga kpd mak sy kerana melahirkan dan mendidik sy hingga menjadi diri yg skrg ini..syukur,Alhamdulillah,..

Cerita tentang umur ni jugak, setiap thn mulai umur sy 21thn, sy akan teringt peristiwa suatu malam sy dan mak duduk dan menyatakan pendapat msg2 tentang perancangan sy untuk ms depan…ms tu sy berumur 21thn, mak pun msh bole bercakap dengan normal..mmg mlm tu bnyk perkataan “umur” keluar dari mulut sy..ye la, sy bgtau mak umur ni nk buat ape, then umur thn dpn buat ape pula, dan seterusnya la..

Secara jujurnya, ingin sy berkongsi dengan sahabat2 sekalian, sblm mak sy sakit, sy lbh kpd mengejar cita2..maklumla, org muda..pernah juga mak sy menegur supaya sy tidak terlalu mengejar cita2 tp lbh memikirkan ms depan diri..erm..pelik kan, x yah kejar cita2 tp pkirkan ms depan..hahaha..camne la tu..

Mcm ni sbnrnya..sy pernah duduk berbincg dngan mak sy soal ms depan ini..yela, kt merancang Allah menentukan..lgpun mak yg makan garam dulukan dr kt..mmg setiap yg mak beritahu sy mlm tu benar2 belaka..nasib sy memilih ikut ckp mak dr meneruskan segala rancangan sy..ye, itupun sy lakukan setelah mak sy sakit, sudah tidak dpt berkata-kata lg..hingga kini, sy terkilan kerana segala yg dberitahu oleh mak sy mlm itu telah sy lakukan dan mendapat hasilnya pd hari ini..tp hanya sy yg bercerita banyak kpd mak..mak hanya boleh mendengar dan memberi respon sikit je..tidak seperti dulu lg..klu dulu, bila sy bercerita je, mak pun bg respon lbh kurg banyak mcm sy atau lbh lg…heheh..Tp, syukur, Alhamdulillah, mak sy msh dpanjangkan umur oleh Allah utk melihat sy hingga ke hari ini dan msh dberi kesempatan yg amat bernilai, sama2 merasai hidup bersama sy seperti yg dia mahukan suatu ms dulu..kdg2 bila sy mengimbas kembali siapa sy dulu sblm mak sakit, kemudian buat perbandingan dengan sy yg sekarang ini, dan bgtau mak, mak hanya senyum je..cukup la bg sy dpt tengok mak sy senyum..sekurang-kurangnya sy tahu die gembira dan bangga dengan sy skrg ini walaupun die x bole bgtau dengan kata2 secara normal..

Utk pengetahuan sahabat2 sekalian, hidup yg sy jalani kini lah yg diinginkan mak sy..90% sama seperti yg pernah dberitahu pada sy pd suatu mlm dulu, ms mak sihat lg dan boleh bercakap..sy x sangka jugak itulah kali terakhir mak menyatakan kpd sy dengan bercakap secara normal tentang ape yg die mahu pd sy dan die nk sy jd ape dan die nk cara kehidupan yg mcm mane tuk sy nanti..ye, mlm tu mak mmg da bgtau sy semuanya..sy dengar je dan bole dikatakan sy lbh kpd tidak setuju dengan pendapat mak mlm itu..ade jugak sy memberikan pendapat sy dan memberitahu rancangan sy sendiri..ms tu mak mmg lbh kpd x setuju je dengan semua rancangan yg sy bgtau..patut la sering kt dengar ayat “Dengar ckp mak ni”..mmg betul la, skrg sy percaya dah mmg betul kata2 mak..mak juga yg membesarkan sy dan dia juga tahu yg mana lbh sesuai bg sy..namun , kt yg merancang, Allah yg menentukan..yg baik dtg dr Allah, yg buruk pula dr sy sendiri..

Sy juga tidak menyangka pd usia sy skrg ini sy diberi peluang oleh Allah untuk menikmati sebuah kehidupan yg amat baik..mmg sy sedang menjalani kehidupan yg manis sngt2 saat ini..Saya percaya ini semua sy miliki atas usaha sy dan dengar ckp mak jugak..heheh..Dan yg plg pentg, doa dr mak sy..suatu perubahan dalam diri sy semenjak mak sakit, apa yg sy lakukan dan nk lakukan, akan sy minta mak doakan dan bg restu..Alhamdulillah, mmg semakin berkat apa yg sy lakukan selepas itu.. sy juga yakin, perbualan sy dan mak pd mlm itu serta segala pendapat yg mak sy bg adalah suatu doa buat sy..syukur, segalanya yg baik2 keluar dr mulut mak sy ms tu..Dan betul juga selalu kt dengar ayat “apa yg mak kt ckp adalah doa buat diri kt”..ye, mmg betul dan tepat sngt2..sbb itulah mak menjadi antara org yg perlu kt hormati.. 'sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu’..Jd, kpd sesiapa yg msh memiliki mak tercinta, hargailah mereka dan berbaktilah kpd mereka semampu mungkin dan secepat mungkin, klu bole sekarang inilah..bukan nk tggu kt bnyk duit, dah ada kerja bagus atau nak tunggu kt beli rumah dan kereta ke dulu baru nak berbakti pada mak ayah kt..x payah tggu kt ade semua tu, tp ingatlah berbakti semampu mungkin..ikut kemampuan kt saat ini..JANGAN melengahkannya lg..InsyaAllah, hidup kt pasti diberkati Allah..jgn menyesal dikemudian hari demi memenuhi hasrat kt tanpa mengambil kira hasrat mak ayah kt..elok juga kt dahulukan hasrat mak ayah dahulu..dan JANGAN sekali-kali abaikan mereka..JANGAN SEKALI-KALI ABAIKAN MEREKA!!!

Segala yg sy ceritakan di atas adalah berdasarkan pengalaman diri sy juga..segala nasihat yg sy berikan adalah apa yg sy lalui suatu ms dulu dan syukur, sy sedar lbh awal dan menjadi orang yg dipilih oleh Allah untuk melakukan segalanya ini lbh awal dr perancangan sy yg sebenarnya..Syukur,Alhamdulillah..

Allah juga pasti akan menguji hambaNya mengikut kemampuan mereka.. “Hanya kesabaran dan ketabahan yg menjadi benteng pertahanan kt untuk terus berdiri kukuh”..=)(ini juga sy berani katakan kerana sy sudah alaminya..mmg terbukti benar..andai kt tidak sabar dan tabah, tidak kuat hadapi segala ujian, percayalah, pasti kt akan jatuh tersungkur..namun untuk terus bersabar dan tabah pun bukan senang tau kawan2..payah sngt2..bila da jatuh jugak, payah dan amik ms yg lama jugak nk berdiri..ye la, bila diri dah cederakan..tentu lama nk pulihkan kecederaan itu barulah diri nant dpt berdiri kukuh seperti sedia kala..kesimpulannya, jgn biar diri jatuh tersungkur..diri kt perlu kuat iman dan sering bersikap sabar juga dalam menghadapi segala ujian yg mendatang supaya kt terus dpt berdiri kukuh) sy juga seorang insan yg lemah..sy tidak kuat..waktu saya diuji suatu ms dulu, sy cuba semampu mungkin bersabar dan tabahkan hati..tapi, sy jatuh tersungkur jugak..mungkin benteng pertahanan yg sy bina dlm diri pd ketika itu tidak kuat untuk terus menahan sy supaya berdiri kukuh..ye, sy pernah jatuh tersungkur..mmg payah nk bangun waktu itu..amik ms yg lama la jugak..namun, Allah tahu sy layak untuk ujian sedemikian dan sbb itulah diberikan kpd sy..Akhirnya, sy dapat hadapinya juga..malahan, selepas itu, sy menjadi lbh hebat dr yg lepas..skrg mmg sy berasa syukur sngt2 atas ujian tersebut..ada hikmah disebalik ujian tersebut..sememangnya setiap manusia tidak akan terlepas dr diuji oleh Allah..jd kwn2,ingtlah, jgn biar kamu semua jatuh tersungkur walau bagaimana perit ujian dr Allah..teruskan sabar dan berusaha menghadapinya sebaik mungkin..sesungguhnya ujian itu suatu peringatan buat diri kt dan mgkn ade hikmah disebalik ujian itu..percayalah..=P

Semoga Allah juga tidak terus lekakan sy dengan nikmat dunia saat ini hingga lupa pd tanggungjawab sebagai hamba Allah serta tanggungjawab pada mak dan ayah sy pd ms kini dan ms hadapan..Amin~

Read more...

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters