Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

..::Majlis Perkahwinan Kawan2 Opis::..

>> Saturday, March 9, 2013

Assalam..

Kami semua & pasangan pengantin..so sweettt!!!.. :-)
Kali ni saya nak citer tentang majlis perkahwinan kwn2 opis..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selamat seperti yang mereka rancangkan..semoga mereka menjadi pasangan yang soleh dan solehah serta moga rumahtangga yang dibina mereka juga kekal hingga ke akhir hayat, bahagia hendaknya..Sebenarnya 2 majlis perkahwinan sahaja, tetapi disebabkan adenya salah satu majlis tu kedua-dua pengantinnya adalah kwn opis saya, kiranya sudah 3 org yang  mendirikan rumahtangga dikalangan kwn opis saya dlm tahun 2013 ini..

Ok, yang per-1 adalah majlis yg saya hadiri pada 2hb Februari 2013, iaitu majlis pernikahan seorang kakak senior ni, Kak Aisyah..Kemudian, saya jugak hadir ke majlis persandingan kakak ni pada 9 Februari 2013..Mmg BEST lah..sngt2 BEST!!!..majlis kakak ni kat Skudai jek..jd mmg dekatlah tuk kami dtg..hahhaha..


1,2,3..senyum.. :-)

Majlis yg ke-2 pulak saya hadiri pada 9 Mac 2013..Yg ni lain sikit sbb lokasi rumah pengantin perempuan jauh..kira-kira 1 jam perjalanan jugak dr Skudai, JB..walaupun rancangan awal terpaksa diubah saat akhir, kami selamat jugak tiba dan saya pon selamat blk umh kat Kluang jugak..Terima ksh kpd kwn2 yang sudi menghantar ye.. :-)..majlis yang ni BEST jugak..lg2 yg kawin ni bekas housemate saya..kami pernah lah tggal serumah..saat bergambar ngan dia mmg terasa lah jugak aura nak dirikan rumahtangga..InshaaAllah, coming soon.. :-)

Kebetulan muka die mmg ade sedikit iras ngan muka saya..pernah lah kwn2 opis saya tersalah org..tertukar antara saya dan die..hehehehe..Citer2 pasal majlis ni mmg kami x sah klu x bergambar..mmg mcm2 posing lah kami buat..tu pon adenya jurugambar yg mmg sporting habis lah..agaknya jurugambar mmg camtu kot..hahaha..:-P

Akhir kata, semoga mereka sentiasa hidup diberkati Allah dan rumahtangga yg dibina kekal hingga ke akhir hayat, dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah serta bahagia selalu.. :-)





Read more...

..::Hanya Tuhan Yang Tahu::..

>> Tuesday, February 5, 2013


Salam..
Kali ni saya nak share lirik lagu nasyid ni..saya memang minat lirik lagu ni dari sekolah menengah lagi..mmg lirik yg amat2 bermakna buat diri, lg2 saat ini.. :-)
Selamat bernasyid semua..hehehehe..

Lirik Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu – UNIC


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan lah sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini
Mendambakan kasih
Insan yang kusayang
Dihati ini
Hanya tuhan yang tahu
Dihati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan
Adat dan syariatMenguji kekuatan
Keteguhan iman
Insan yang berkasih…

Read more...

..::Tahun 2013::..

>> Sunday, January 13, 2013

Salam..

Selamat menempuh tahun baru 2013 kepada semua..Tahun 2012 berlalu sudah, digantikan dengan tahun 2013..Selama setahun,dalam tahun 2012, pelbagai peristiwa dan kejadian berlaku dalam hidup saya..Disamping itu, pelbagai kenangan terukir dan disimpan dalam ingatan sebagai kenangan terindah, terpahit termasam, termanis dan macam2 lg lah..Setahun dalam tahun 2012, saya merasakan ia tahun yang membahagiakan..Alhamdulillah..:-)

"Kita merancang dan Allah yang menentukan, dan sesungguhnya, PERANCANGAN ALLAH adalah yang TERBAIKKK''..Tahun 2012 saya bermula dengan senyuman di mana pada 2hb Januari 2012 saya melapor diri sebagai pekerja di Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM JB..Sebagai pekerja baru, pada bulan pertama tahun 2012 saya mula bekerja di sana, saya sememangnya bimbang akan kwn2 di tempat kerja baru, bimbangkan kerja yang bakal saya buat nanti dan bimbanglah jugak terjatuh hati kat 'seseorang' ni..hahhahaha.. =P
Hanya DOA pada ALLAH yang saya panjatkan semoga segalanya dipermudahkan setiap masa..Alhamdulillah, saya selesa bekerja di tempat baru..kwn2 baru yg baik2 belaka..Kerja pon tak susah sangat dan dibantu oleh senior2 yang berkebolehan tinggi dalam programming..Bos yang baik.. 
:-)
Tahun 2012 juga merupakan tahun permulaan dan pertama saya membina kerjaya dalam bidang programming..mmg satu pengalaman yang amat bernilai dan berharga buat saya..Syukur, Alhamdulillah..=)

Alhamdulillah, mak dan ayah saya juga sihat sepanjang tahun 2012 ini..mak dah boleh berjalan dan melakukan kerja sikit2..mak pon dah bole uruskan diri..Tahun 2012 juga tahun pertama saya duduk jauh daripada mak dan ayah semenjak mak saya sakit pada tahun 2010..walaupun duduk jauh, saya tidak menjadikan jarak sebagai penghalang untuk saya balik ke rumah..saya cuba uruskan sebaik mungkin untuk balik ke rumah seminggu sekali meluangkan masa ujung minggu dengan mak dan ayah saya..Alhamdulillah, saya masih mampu berbuat demikian hinggalah sekarang..Semoga mak dan ayah saya terus diberikan nikmat kesihatan yang baik sepanjang masa.. :-)

Tahun 2013, alhamdulillah, rezeki saya masih di tempat yang sama..Cumanya, keadaan permulaan tahun 2013 saya di tempat kerja berbeza dari tahun 2012..saya dah kenal rapat dengan kwn2 opis, kami juga bnyk meluangkan masa bersama, saling berkongsi cerita, meluahkan rasa hati terutamanya dengan kwn rumah saya dan 3 orang akak kelantan..Mmg best sangat2..hehehhe..Tahun 2013, ramai jugak kwn2 opis yang akan menamatkan zaman bujang mereka..Saya pon terasa lah jugak aura mereka ni..hahahahha.. =P
Hanya DOA pada Allah yang saya panjatkan pada saat ini dan setiap masa supaya Allah satukan hati saya dan 'dia' seandainya dia jodoh terbaik buat saya.. :-)

Masa mmg akan terus bergerak walaupun kt berhenti seketika di mana sahaja perhentian..Dan, kenangan yang terukir mmg akan tersemat dalam ingatan saya sampai bila-bila..Pengalaman hidup juga semakin mematangkan saya..Tahun 2013, umur baru buat saya, iaitu 24 tahun dan umur yang menghampiri alam kedewasaan..huhuhu..^^
Semoga Tahun 2013 ini,  saya terus diberi peluang memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..Dan bertemu Jodoh yang baik juga..hehhehe..=)

Dan semoga saya terus diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala ujian dan cabaran yang mendatang..

:-)






Read more...

..:::Program Team Building serta Mendaki Gunung Angsi:::..

>> Sunday, December 23, 2012

Salam...
Pada ujung mggu bertarikh 14,15&16 disember 2012,saya dan beberapa kwn opis telah pergi ke Hutan Lipur Ulu Bendul,Kuala Pilah,Negeri Sembilan..kami ada program team building..bagi saya,inilah program yang paling mencabar sekali dlm hidup saya buat ms skrg ni..pertama kali tu nak mendaki gunung..huhuhu..masak pon beramai-ramai..tdo dlm khemah..sngt2 best~~...
pasal masak,tido dlm khemah tu biasa la kan..tp klu yg pengalaman mendaki gunung tu yg luar biasa bg saya dan ianya teramat la mahal..heheh..saya ni orangnya mana la kuat sngt pon..ms mendaki gunung ni la baru terasa kt ni adalah selemah-lemah manusia..sememangnya untuk sampai ke puncak tu kt memerlukan tenaga yg cukup..dengan jln yang mmg mencabar lah..ibarat perjalanan kt mengharungi ujian dan cabaran dlm hidup ini..klu x kuat mmg x sampai lah kt ke puncak gunung tu..aktiviti mendaki ni mmg bgs bg saya..di situ jugak kt dpt melihat kebesaran Allah menciptakan makhluk selain manusia di muka bumi ini seperti tumbuhan hijau dan gunung - ganang...
Sebelum pendakian,sesampai jek saya kat kaki gunung tu,baru jek tengok tempat permulaan dah seram oooo..ingt dah nak patah blk jek blk semula ke khemah..tp saya kuatkan diri jugak naik ke atas..dlm pertengahan jln pon dah rase penat amat2..dah rase nak putus asa pon ada tau..tp saya cuba jugak mendaki dan terus mendaki..Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya jugak sampai ke puncak..ms tu teringt kata2 yg selalu diguna oleh seorang kwn ni 'Don't Jude The Book By It's Cover'..betul la tu...^_^
Aktiviti dlm kumpulan pon besttt..menguji minda kami semua..mmg best sngt join program ni..harap akan ada lg program sebegini di masa akan datang.. :-)

Read more...

.:::Mr.A vs Mr.W:::..

>> Sunday, December 9, 2012

Salam..
Kali ni saya nak citer tentang kwn2 saya yang punyai perwatakan n sikap yg sngt2 berbeza..yes,totally different!!..sngt menarik.. :-P
Saya mmg x kenal rapat pon ngan mereka ni..juz kwn biasa jek..so,saya citer ni berdasarkan apa yang saya lihat skrg ni..
Mr.A seorang yg ada gaya..punyai sikap n perwatakan yang kelakar..sngt peramah dan bnyk ckp..suka ketawa dan sape2 yang duk n dengar die citer pon akan turut ketawa..dan die ni klu ketawa mcm nak bg satu dunia dengar..x tahu la bila ms die ni serius orgnya..klu citer tu mengarut sokmo..~~
Tp Mr.A ni hebat dlm akademiknya..mmg sy respect lah..bkn sj saya bahkan kwn2 sy yang lain pon ada yang suka dengar dia ni mengarut tau..nant mereka pon ikut same lah gelak..hhahah...sngt best kwn ngan die..biasanya ms kami main badminton lah baru berkesempatan dengar Mr.A ni citer yg mengarut..hahahahha..
Mr.W ni seorang yang juga ada gaya..tp die sngt beza perwatakannya drpd Mr.A..die ni pendiam sikit..kebanyakan citer die lbh kpd benda yang serius jek..jarang la buat lawak ni..dan kdg2 saya pon takut nak berlawak jenaka ngan die..hohoho..die ni pon pemalu orgnya,lg2 klu nak kene berucap dpn khalayak ramai...mmg bgs pon sikap die yang pemalu dan segan tu..tp kekadang x bertempat la pulak..hahhaha..
saya pon lbh bersikap serius klu bercakap ngan die..bkn ape,bnyk kali jugak saya kene tegur ngan die ni klu citer yang mengarut-ngarut..takuttttt oooo....lg2 klu saya ketawa x ingt dunia..mmg abis la ditegurnya..huhuhu...
Mr.W ni cerewet orangnya,kuat membebel dan jugak sngt teliti..klu bab keje mmg respect lah kat die..~~
Terus terang,saya mmg takut la jugak ngan die ni..klu nak ckp ngan die kene pikir bnyk2 kali dulu br cakap sbb takut tersalah kan..klu x pon saya lg suka diamkan diri dari bercakap ngan die benda x serius..rase mcm nak ckp ngan bos pon ada..dan saya mmg x leh msk klu ngan Mr.W ni..heheheh.. :-P

»» Sekian saja citer sy tuk kali ni..mane yang baik kt amik jdkan ikutan dan yang buruk kt amik jdkan pengajaran..^_^

Read more...

.::Saya dan Mereka :::..

>> Tuesday, November 13, 2012

Salam...
Saya dah anggap kwn2 ofis skrg sbg keluarga ke2 saya..sbbnya,jika tidak berhujung mggu atau cuti dengan keluarga saya di kluang,saya akan berhjg mggu n cuti ngan kwn2 kat JB ni,terutama ngan kwn umh n akak2 kelantan..mmg bestt sngt2 ada kwn mcm mereka ni..baru2 ni ada la perkara yg buat saya rase ssh hati n sedikit x selesa la jugak..tp lps jek citer ngan mereka,saya rase lega..mereka lah yg memberi saya kekuatan sehingga saya dpt bertahan sehingga hari ini..alhamdulillah,Allah mudahkan segalanya..setiap mslh pun pasti ada penyelesaiannya kan,cuma bergantung pada kt mcmana nak cr jln penyelesaian tersebut kan..lps je saya buat kptsn ni,saya x akan undur ke belakang lagi..sy akan terus pandang ke depan dan jln ke hadapan je lps ni..insyaAllah..semoga saya terus diberikan kekuatan jugak utk menghadapi situasi skrg ini..dan semoga juga jalinan silaturrahim yg terjalin antara saya dan mereka semua berpanjangan sampai bila2..amin~~

Read more...

.::Roda kehidupan::.

>> Saturday, November 10, 2012

Salam...
Semua org pun tahu hidup kt ini umpama roda yg berputar..kadang2 kt di atas dan kadang2 kt di bwh..jd,semoga kt semua sentiasa sedar diri dan mengingati mati serta sentiasa juga ingat pada Allah..semua manusia pun sama cume yg membezakan mereka di sisi Allah adalah amalan msg2..
Selama ni mmg saya klu bole nk elakkan situasi mcm skrg ni..sbbnya saya tahu jika ia berlaku saya akan rase ssh hati yg lama..jd,saya pon sibukkan diri ngan kerja n family only..tp sy terjebak jugak dlm situasi tersebut..sy hanya menganggap ia sbg ujian buat diri..smg diri terus diberikan kekuatan utk bertahan dan bnyk bersabar dlm situasi mcm ni..ia juga mematangkan saya saat ini..tp seriously sy ingt ia satu pilihan yg tepat sebenarnya..itu sebab la sy berani buat sedemikian..x sangka la pulak ia menjadi satu isu yg kurang enak barangkali di kalangan sesetengah orang..alhamdulillah,Allah sedarkan sy sebelum diri pergi lbh jauh..sesungguhnya Allah tahu yg terbaikk untuk saya..mmg syukur sngt2 saya sedar awal2..x pe la,ini pun satu sejarah n pengalaman dlm hidup saya jugak..mgkn satu kenangan pahit yg x mgkn saya lupakan sampai bila2..biasalah,lumrah kehidupan,ada manis dan ada pahit..ia mmg satu pengajaran yg besar buat diri saya dlm thn ini dan pada usia 23 thn ini..akhirnya ape yg saya takutkan terjadi sejak mencecah umur 23 thn ini terjadi jugak dan ia memberi kesan yg mendalam sngt2 dlm diri saya saat ini..mmg diri sedang bersedih la jugak..hanya Allah je yg tahu perasaan sy saat ini..apakah 'situasi' tersebut,biarlah diri n family jek yg tahu..apapun sy sayangkan keluarga sy sngt2..sekian..~~

Read more...

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters