Sebuah Kehidupan...

"Perjalanan hidup ini penuh onak dan duri...Sabarlah dalam menempuhinya..InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kelak..Amin."

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,

Dorongan sebagai teman setia,

Putus asa djadikan musuh durjana,

Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

..:::Special Day 24/05/2016:::..

>> Wednesday, May 25, 2016

Assalamualaikum...

Sudah agak lama saya tidak menulis diblog ini..ada sedikit kekangan masa sejak bekerja sebagai pengaturcara sistem ni..ni pon sambil belajar 'code' dan buat 'coding' teringat pulak nak menulis pasal kejadian siang tadi di pejabat saya..ia sangat istimewa buat saya.

24/05/2016..saya rasa penting untuk menulis kenangan manis peristiwa yang berlaku kepada saya di pejabat ketika sedang bekerja siang tadi..terlebih dahulu saya dahului dengan ucapan Alhamdulillah, saya bersyukur dengan segala nikmat kurniaan serta rezeki yang dilimpahkan oleh Allah kpd saya sehingga kini..saya percaya setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..cuma bergantung atas usaha kita untuk memikirkan cara penyelesaian tersebut..Doa adalah senjata orang mukmin..mohonlah doa jika kita terasa susah untuk melakukan atau menyelesaikan sesuatu agar dipermudahkan segalanya..

Kejadian bermula apabila saya ke pejabat awal pagi tadi..itu pon gara-gara lapar nak kena beli sarapan dulu dan teringat ada kesalahan dalam coding yang dah saya buat pembetulan sejak 2 hari lepas dan ia hampir siap...jadi ia perlu segera dibetulkan sebab  nak guna cepat..memang ada sedikit terganggu sebab saya buat coding begitu complicated dan menggunakan cara yang panjang..memang saya pon rasa serabut bila tengok coding yang saya buat tu..logik mmg ada, tp mgkin cara penulisan agak sedikit x kemas..

Tengah buat coding dengan yakinnya, betulkan yg tersalah tu, dengan syok sendirinya, TIBA-TIBA datang seorang akak senior (kak Husna)..dia datang duduk sebelah saya dan seperti biasa sy mmg suka bercerita..jadi pagi2 tu kami berborak pasal coding modul yang saya buat tu, cerita A-Z, akak tu mmg cepat faham..saya cerita sekali jalan dan bgtau apa masalah yang saya hadapi..kemudian mmg x disangka-sangka, dia terus amik pen, pensel, pemadan dan kertas merangka yang sepatutnya, satu2 penerangan awalan diberi oleh dia kpd  saya utk menyelesaikan masalah yang sudah 2 hari saya buat sebelum ni tak selesai-selesai..dan ini adalah hari yang ke-3..

Bagi saya kalau tengah buat coding dan ada orang yang lebih mahir duduk di sebelah saya mmg saya akan gemuruh sikit..menggelabah dan rasa kurang selesa sikit.. yela, takut kita terbuat salah kan..malu pon ade..segan..hehhehehe...

Tapi bila dengan kak Husna, walaupun die mmg HEBAT sngt2 dlm bidang pengaturcaraan ni, saya rasa dengan tenangnya boleh buat 'code' klu diperhatikan oleh dia di sebelah saya..siap kdg2 tnya die berkali-kali lagi pulak tu..dia tetap "SABAR" je layan saya..hahhahahah...apa yang salah dibetulkan..teguran yang diberikan pon secara berhikmah klu kita salah tulis atau cara penulisan kita kurang kemas dan teratur...siap kdg2 tu dia bg penerangan lagi..yang kita x tahu pon jadi tahu tau..yang dah tahu lagi la jd bertambah-tambah tahu..hehehhe..mmg bertambah-tambah la ilmu.. :-)

Oh ye..utk pengetahuan semua, bukanlah saya x pernah kene marah tau dengan kak Husna ni sepanjang berkawan dengan die..tapi saya tak boleh cakap die 'pemarah' orangnya atau ikut emosi sbb saya hanya beberapa kali je nampak die beremosi bagai ni..jarang betul nampak die beremosi..boleh kira dengan jari tau klu saya nampak die marah2 ikut emosi sepanjang saya berkawan dengan dia...klu pasal kerja kak Husna mmg serius..walaupon masa bukan hal keje kita bergurau senda, tak semestinya kalau buat salah dlm coding diterima ok...Ni dulu la ea..pernah la kak Husna mmg ada jugak mcm nak marah klu tnya berkali-kali dan saya tak faham setelah diberi penerangan..tapi saya gigihkan diri jugak tnya sehingga saya faham dan boleh buat coding tersebut seperti penerangan dia..yang bagusnya kak Husna ni, walaupun marah, die tetap ajar jugak dan jawab klu kita tanya tau..tu yg bgsnya..heheheh..sbb jenis saya mmg x kenal erti putus asa..saya akan berusaha sampai selesai dan berjaya..Bagi saya cuba lah selagi mampu dan boleh walaupon berkali-kali gagal dan salah, mana tahu usaha yang terakhir adalah yang berjaya dan betul.. :-)

Alhamdulillah, saya bersyukur atas pertolongan yang diberikan..disebalik pembetulan itu juga ade hikmahnya di mana saya telah dapat memperbaiki cara penulisan 'code' saya sebelum ni supaya menjadi lbh ringkas dan kemas..kak Husna mmg baik orangnya..Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan segala ilmu serta tunjuk ajar yang diberikan kpd saya ini..Ini bukan lah pertama kali kak Husna menolong saya dlm penulisan 'code' tetapi yang ini sangat istimewa sebab pada saya asalnya ia mudah utk diselesaikan..tetapi mengambil masa yang lama pulak..rupanya setelah dikaji dan diteliti bersama kak Husna ia  sangat complicated..bnyk step rupanya..kalau sebelum ni mmg saya yang meminta pertolongan kak Husna sbb x tahu nak buat macamane dan dia akan memberikan idea serta membawa kita berfikir di luar kotak..yang kali ni mmg saya ingt ia mudah sbb mmg saya dah biasa dengan modul ni..jadi saya rasa saya bole selesaikannya..tetapi sudah 2 hari masih ade pembetulan yang perlu dibuat..dan ia memakan masa yang lama rupanya utk diselesaikan kerana perlu dibuat dengan teliti lagi untuk kemudahan ms hadapan jugak..

Bercerita dan menunjukkan cara penulisan code saya kepada kak Husna, bagaimana cara memperbaikinya, meminta pendapat dia, dan akhirnya dia duduk disebelah saya menunjukkan satu per satu jln penyelesaian membuatkan saya sngt2 terharu sehinggakan mahu menangis...mmg terharu sngt2..dia duduk disebelah saya mengajar seperti seorang guru kpd muridnya..malahan saya dpt rasakan saya adalah murid yang bertuah dan sngt istimewa..hampir setengah hari dia duduk disebelah dan menunggu saya membuat code..kemudian balik lewat setia menanti untuk mendapatkan hasil output dari 'code' yang saya buat tu...yang ni mmg membuatkan sy sngt2 terharu..terfikir jugak klu ni adalah waktu saya belajar di dalam kelas logik jugak ada pengajar seperti ini..

"apa masalah ain sebenarnya?ain faham x?dah siap ke?..ok ke?.." 
ni lah ayat guru2 selalu tnya kpd murid-muridnya selepas memberikan sesuatu tugasan atau mengajar di dalam kelas..tapi saya sudah bekerja dan masih ada orang yang baik seperti ini mengajar dan memberikan ilmu seperti seorang guru dan saya seperti seorang murid yang sedang belajar..

mmg susah untuk dipercayai dan ini mmg REALITI yang berlaku kepada saya sepanjang bekerja sebagai pengaturcara sistem..akak2 senior yang lain pon bnyk mengajar saya jugak tapi tidak seperti kak Husna yang bukan sahaja terus memikirkan  penyelesaian, tetapi cuba dahulu hadam dan fahamkan, tanya kita dengan setelitinya, mendengarkan kita bercerita dulu pasal mslh kita,dan kemudian baru ajar kita cara penyelesaiannya..

kak Husna juga saya gelarkan sebagai 'sifu' saya dalam bidang pengaturcaraan ni sepanjang saya bekerja sebagai pengaturcara sistem..

'key' yang sentiasa ada pada kak Husna yang perlu dicontohi sepanjang mengajar saya adalah "SABAR"..dia sentiasa SABAR dengan saya walaupun kadang kala saya lambat faham penerangan yang dia berikan dan bertanya soalan yang sama lagi banyak kali kpd dia sehingga saya betul2 faham..dia jugak sentiasa TENANG dan SABAR dalam apa keadaan dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah tersebut..walaupun saya tengah risau dan kelam kabut waktu itu mencari penyelesaian..ayat kak Husna selalu beritahu kpd saya adalah  "tenang ain tenang"..hahahahaha

Memang tak dinafikan ketika hati gelisah, kelam kabut nak cari penyelesaian dengan segera, dengan adanya pertolongan kak Husna secara automatik hati jadi tenang tau..itulah dinamakan saling menyokong antara satu sama lain..ketika kita rasa nak jatuh datang yang lain menyokong kita supaya berdiri semula..kwn2 saya yang lain jugak tak dinafikan sentiasa mengamalkan amalan "KERJASAMA"..Alhamdulillah, saya dikurniakan kwn2 seperti ini..

Pengajaran yang perlu diambil untuk kes seperti ini adalah 'jangan ambil mudah sesuatu perkara walaupun kadang kala perkara itu nampak mudah'..

Kesimpulannya, dalam apa juga keadaan, situasi, kita kene selalu berfikiran positif dan sering memikirkan ada hikmah disebaliknya..

"PRACTISE MAKE PERFECT..TRY & ERROR"

Kata Hamka : "Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua".

"USAHA, DOA, TAWAKAL"

Read more...

..::Majlis Perkahwinan Kawan2 Opis::..

>> Saturday, March 9, 2013

Assalam..

Kami semua & pasangan pengantin..so sweettt!!!.. :-)
Kali ni saya nak citer tentang majlis perkahwinan kwn2 opis..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selamat seperti yang mereka rancangkan..semoga mereka menjadi pasangan yang soleh dan solehah serta moga rumahtangga yang dibina mereka juga kekal hingga ke akhir hayat, bahagia hendaknya..Sebenarnya 2 majlis perkahwinan sahaja, tetapi disebabkan adenya salah satu majlis tu kedua-dua pengantinnya adalah kwn opis saya, kiranya sudah 3 org yang  mendirikan rumahtangga dikalangan kwn opis saya dlm tahun 2013 ini..

Ok, yang per-1 adalah majlis yg saya hadiri pada 2hb Februari 2013, iaitu majlis pernikahan seorang kakak senior ni, Kak Aisyah..Kemudian, saya jugak hadir ke majlis persandingan kakak ni pada 9 Februari 2013..Mmg BEST lah..sngt2 BEST!!!..majlis kakak ni kat Skudai jek..jd mmg dekatlah tuk kami dtg..hahhaha..


1,2,3..senyum.. :-)

Majlis yg ke-2 pulak saya hadiri pada 9 Mac 2013..Yg ni lain sikit sbb lokasi rumah pengantin perempuan jauh..kira-kira 1 jam perjalanan jugak dr Skudai, JB..walaupun rancangan awal terpaksa diubah saat akhir, kami selamat jugak tiba dan saya pon selamat blk umh kat Kluang jugak..Terima ksh kpd kwn2 yang sudi menghantar ye.. :-)..majlis yang ni BEST jugak..lg2 yg kawin ni bekas housemate saya..kami pernah lah tggal serumah..saat bergambar ngan dia mmg terasa lah jugak aura nak dirikan rumahtangga..InshaaAllah, coming soon.. :-)

Kebetulan muka die mmg ade sedikit iras ngan muka saya..pernah lah kwn2 opis saya tersalah org..tertukar antara saya dan die..hehehehe..Citer2 pasal majlis ni mmg kami x sah klu x bergambar..mmg mcm2 posing lah kami buat..tu pon adenya jurugambar yg mmg sporting habis lah..agaknya jurugambar mmg camtu kot..hahaha..:-P

Akhir kata, semoga mereka sentiasa hidup diberkati Allah dan rumahtangga yg dibina kekal hingga ke akhir hayat, dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah serta bahagia selalu.. :-)





Read more...

..::Hanya Tuhan Yang Tahu::..

>> Tuesday, February 5, 2013


Salam..
Kali ni saya nak share lirik lagu nasyid ni..saya memang minat lirik lagu ni dari sekolah menengah lagi..mmg lirik yg amat2 bermakna buat diri, lg2 saat ini.. :-)
Selamat bernasyid semua..hehehehe..

Lirik Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu – UNIC


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan lah sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini
Mendambakan kasih
Insan yang kusayang
Dihati ini
Hanya tuhan yang tahu
Dihati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan
Adat dan syariatMenguji kekuatan
Keteguhan iman
Insan yang berkasih…

Read more...

..::Tahun 2013::..

>> Sunday, January 13, 2013

Salam..

Selamat menempuh tahun baru 2013 kepada semua..Tahun 2012 berlalu sudah, digantikan dengan tahun 2013..Selama setahun,dalam tahun 2012, pelbagai peristiwa dan kejadian berlaku dalam hidup saya..Disamping itu, pelbagai kenangan terukir dan disimpan dalam ingatan sebagai kenangan terindah, terpahit termasam, termanis dan macam2 lg lah..Setahun dalam tahun 2012, saya merasakan ia tahun yang membahagiakan..Alhamdulillah..:-)

"Kita merancang dan Allah yang menentukan, dan sesungguhnya, PERANCANGAN ALLAH adalah yang TERBAIKKK''..Tahun 2012 saya bermula dengan senyuman di mana pada 2hb Januari 2012 saya melapor diri sebagai pekerja di Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM JB..Sebagai pekerja baru, pada bulan pertama tahun 2012 saya mula bekerja di sana, saya sememangnya bimbang akan kwn2 di tempat kerja baru, bimbangkan kerja yang bakal saya buat nanti dan bimbanglah jugak terjatuh hati kat 'seseorang' ni..hahhahaha.. =P
Hanya DOA pada ALLAH yang saya panjatkan semoga segalanya dipermudahkan setiap masa..Alhamdulillah, saya selesa bekerja di tempat baru..kwn2 baru yg baik2 belaka..Kerja pon tak susah sangat dan dibantu oleh senior2 yang berkebolehan tinggi dalam programming..Bos yang baik.. 
:-)
Tahun 2012 juga merupakan tahun permulaan dan pertama saya membina kerjaya dalam bidang programming..mmg satu pengalaman yang amat bernilai dan berharga buat saya..Syukur, Alhamdulillah..=)

Alhamdulillah, mak dan ayah saya juga sihat sepanjang tahun 2012 ini..mak dah boleh berjalan dan melakukan kerja sikit2..mak pon dah bole uruskan diri..Tahun 2012 juga tahun pertama saya duduk jauh daripada mak dan ayah semenjak mak saya sakit pada tahun 2010..walaupun duduk jauh, saya tidak menjadikan jarak sebagai penghalang untuk saya balik ke rumah..saya cuba uruskan sebaik mungkin untuk balik ke rumah seminggu sekali meluangkan masa ujung minggu dengan mak dan ayah saya..Alhamdulillah, saya masih mampu berbuat demikian hinggalah sekarang..Semoga mak dan ayah saya terus diberikan nikmat kesihatan yang baik sepanjang masa.. :-)

Tahun 2013, alhamdulillah, rezeki saya masih di tempat yang sama..Cumanya, keadaan permulaan tahun 2013 saya di tempat kerja berbeza dari tahun 2012..saya dah kenal rapat dengan kwn2 opis, kami juga bnyk meluangkan masa bersama, saling berkongsi cerita, meluahkan rasa hati terutamanya dengan kwn rumah saya dan 3 orang akak kelantan..Mmg best sangat2..hehehhe..Tahun 2013, ramai jugak kwn2 opis yang akan menamatkan zaman bujang mereka..Saya pon terasa lah jugak aura mereka ni..hahahahha.. =P
Hanya DOA pada Allah yang saya panjatkan pada saat ini dan setiap masa supaya Allah satukan hati saya dan 'dia' seandainya dia jodoh terbaik buat saya.. :-)

Masa mmg akan terus bergerak walaupun kt berhenti seketika di mana sahaja perhentian..Dan, kenangan yang terukir mmg akan tersemat dalam ingatan saya sampai bila-bila..Pengalaman hidup juga semakin mematangkan saya..Tahun 2013, umur baru buat saya, iaitu 24 tahun dan umur yang menghampiri alam kedewasaan..huhuhu..^^
Semoga Tahun 2013 ini,  saya terus diberi peluang memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..Dan bertemu Jodoh yang baik juga..hehhehe..=)

Dan semoga saya terus diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala ujian dan cabaran yang mendatang..

:-)






Read more...

..:::Program Team Building serta Mendaki Gunung Angsi:::..

>> Sunday, December 23, 2012

Salam...
Pada ujung mggu bertarikh 14,15&16 disember 2012,saya dan beberapa kwn opis telah pergi ke Hutan Lipur Ulu Bendul,Kuala Pilah,Negeri Sembilan..kami ada program team building..bagi saya,inilah program yang paling mencabar sekali dlm hidup saya buat ms skrg ni..pertama kali tu nak mendaki gunung..huhuhu..masak pon beramai-ramai..tdo dlm khemah..sngt2 best~~...
pasal masak,tido dlm khemah tu biasa la kan..tp klu yg pengalaman mendaki gunung tu yg luar biasa bg saya dan ianya teramat la mahal..heheh..saya ni orangnya mana la kuat sngt pon..ms mendaki gunung ni la baru terasa kt ni adalah selemah-lemah manusia..sememangnya untuk sampai ke puncak tu kt memerlukan tenaga yg cukup..dengan jln yang mmg mencabar lah..ibarat perjalanan kt mengharungi ujian dan cabaran dlm hidup ini..klu x kuat mmg x sampai lah kt ke puncak gunung tu..aktiviti mendaki ni mmg bgs bg saya..di situ jugak kt dpt melihat kebesaran Allah menciptakan makhluk selain manusia di muka bumi ini seperti tumbuhan hijau dan gunung - ganang...
Sebelum pendakian,sesampai jek saya kat kaki gunung tu,baru jek tengok tempat permulaan dah seram oooo..ingt dah nak patah blk jek blk semula ke khemah..tp saya kuatkan diri jugak naik ke atas..dlm pertengahan jln pon dah rase penat amat2..dah rase nak putus asa pon ada tau..tp saya cuba jugak mendaki dan terus mendaki..Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya jugak sampai ke puncak..ms tu teringt kata2 yg selalu diguna oleh seorang kwn ni 'Don't Jude The Book By It's Cover'..betul la tu...^_^
Aktiviti dlm kumpulan pon besttt..menguji minda kami semua..mmg best sngt join program ni..harap akan ada lg program sebegini di masa akan datang.. :-)

Read more...

.:::Mr.A vs Mr.W:::..

>> Sunday, December 9, 2012

Salam..
Kali ni saya nak citer tentang kwn2 saya yang punyai perwatakan n sikap yg sngt2 berbeza..yes,totally different!!..sngt menarik.. :-P
Saya mmg x kenal rapat pon ngan mereka ni..juz kwn biasa jek..so,saya citer ni berdasarkan apa yang saya lihat skrg ni..
Mr.A seorang yg ada gaya..punyai sikap n perwatakan yang kelakar..sngt peramah dan bnyk ckp..suka ketawa dan sape2 yang duk n dengar die citer pon akan turut ketawa..dan die ni klu ketawa mcm nak bg satu dunia dengar..x tahu la bila ms die ni serius orgnya..klu citer tu mengarut sokmo..~~
Tp Mr.A ni hebat dlm akademiknya..mmg sy respect lah..bkn sj saya bahkan kwn2 sy yang lain pon ada yang suka dengar dia ni mengarut tau..nant mereka pon ikut same lah gelak..hhahah...sngt best kwn ngan die..biasanya ms kami main badminton lah baru berkesempatan dengar Mr.A ni citer yg mengarut..hahahahha..
Mr.W ni seorang yang juga ada gaya..tp die sngt beza perwatakannya drpd Mr.A..die ni pendiam sikit..kebanyakan citer die lbh kpd benda yang serius jek..jarang la buat lawak ni..dan kdg2 saya pon takut nak berlawak jenaka ngan die..hohoho..die ni pon pemalu orgnya,lg2 klu nak kene berucap dpn khalayak ramai...mmg bgs pon sikap die yang pemalu dan segan tu..tp kekadang x bertempat la pulak..hahhaha..
saya pon lbh bersikap serius klu bercakap ngan die..bkn ape,bnyk kali jugak saya kene tegur ngan die ni klu citer yang mengarut-ngarut..takuttttt oooo....lg2 klu saya ketawa x ingt dunia..mmg abis la ditegurnya..huhuhu...
Mr.W ni cerewet orangnya,kuat membebel dan jugak sngt teliti..klu bab keje mmg respect lah kat die..~~
Terus terang,saya mmg takut la jugak ngan die ni..klu nak ckp ngan die kene pikir bnyk2 kali dulu br cakap sbb takut tersalah kan..klu x pon saya lg suka diamkan diri dari bercakap ngan die benda x serius..rase mcm nak ckp ngan bos pon ada..dan saya mmg x leh msk klu ngan Mr.W ni..heheheh.. :-P

»» Sekian saja citer sy tuk kali ni..mane yang baik kt amik jdkan ikutan dan yang buruk kt amik jdkan pengajaran..^_^

Read more...

.::Saya dan Mereka :::..

>> Tuesday, November 13, 2012

Salam...
Saya dah anggap kwn2 ofis skrg sbg keluarga ke2 saya..sbbnya,jika tidak berhujung mggu atau cuti dengan keluarga saya di kluang,saya akan berhjg mggu n cuti ngan kwn2 kat JB ni,terutama ngan kwn umh n akak2 kelantan..mmg bestt sngt2 ada kwn mcm mereka ni..baru2 ni ada la perkara yg buat saya rase ssh hati n sedikit x selesa la jugak..tp lps jek citer ngan mereka,saya rase lega..mereka lah yg memberi saya kekuatan sehingga saya dpt bertahan sehingga hari ini..alhamdulillah,Allah mudahkan segalanya..setiap mslh pun pasti ada penyelesaiannya kan,cuma bergantung pada kt mcmana nak cr jln penyelesaian tersebut kan..lps je saya buat kptsn ni,saya x akan undur ke belakang lagi..sy akan terus pandang ke depan dan jln ke hadapan je lps ni..insyaAllah..semoga saya terus diberikan kekuatan jugak utk menghadapi situasi skrg ini..dan semoga juga jalinan silaturrahim yg terjalin antara saya dan mereka semua berpanjangan sampai bila2..amin~~

Read more...

Twitter Pictures..~~

Search This Blog

.:::Visitors::..

free counters